Geng Bas Sekolah

July 28, 2011

DAP Pijak PAS Di Selangor?



Dua gambar di atas ini dirakam pada Ahad, 24 Julai 2011 di Majlis Penerangan dan Pelancaran Logo Selangor (SelangorKU@Selangor Kurang Upaya) oleh KhalidKU (Khalid Kurang Upaya) di Stadium Melawati Shah Alam.

Sekali imbas, dua kali tengok atau tiga kali lihat mungkin anda tidak dapat rasakan ada sesuatu yang pelik dalam gambar itu. Tetapi apabila tilik kali keempat kita boleh lihat apa yang tersurat dan tersirat dalam gambar tersebut.

Apa yang tersurat dan tersirat dalam gambar di bawah adalah satu penghinaan yang cukup besar. Benarlah kata pepatah sekeping gambar membawa seribu satu makna yang tersurat dan tersirat.

Saya tidak mahu membuang masa untuk anda meneka apa maksud yang terkandung dalam gambar itu atau pun meninggalkan persoalan kepada anda. Sekarang mari saya tunjukkan kepada rakan-rakan semua apakah maksud yang tersurat dan tersirat dalam gambar itu.


Lelaki yang kedua dari kiri dalam gambar di atas bernama Hasan Bin Ali.

Adun Pas Gombak Setia

Ahli Exco Kerajaan Selangor

Ajk Pas Pusat

Disingkirkan dari jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor

Tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana kelantangannya mempertahankan orang-orang melayu dan agama Islam di Selangor serta mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pernah bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

Beliau hadir di majlis seperti yang dinyatakan di atas dan di tempatkan di tempat duduk biasa di bahagian bawah pentas bersebelahan dengan Mustafa Kamil Ayub, orang yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan kalah bertanding dalam p/raya di kedua-dua kerusi yang ditandinginya.


Lelaki yang pertama dari sebelah kanan bernama Ronnie Liu

Adun DAP Pandamaran

Ahli Exco Kerajaan Selangor

Tidak memegang sebarang jawatan dalam DAP di peringkat negeri dan pusat

Memperjuangkan penjualan arak di Shah Alam sehingga timbul konflik dengan Exco yang menjaga hal ehwal Agama Islam di Selangor, Hasan Ali.

Menghalang tugas anggota polis menjalankan tugas membanteras pelacuran di Selangor.

Pernah menghina petugas-petugas rumah mayat Hospital Klang dengan menendang pintu rumah mayat hospital tersebut.

Dikatakan juga turut terlibat dengan kegiatan-kegiatan kongsi gelap.

Dia hadir di majlis yang dinyatakan diatas dan ditempatkan di tempat duduk VIP di atas pentas bersebelahan dengan Presiden PKR.

Kedua-dua mereka adalah exco cuma dari parti yang berbeza. Tetapi exco dari parti Pas diletakkan di tempat duduk biasa di bahagian bawah pentas. Manakala exco dari parti DAP diletakkan di tempat duduk VIP di atas pentas.

Itulah menunjukkan DAP lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan Pas. Itu juga menunjukkan Pas tidak penting kepada PKR dan DAP. Bagi mereka Exco Pas hanya layak duduk di bawah sahaja. Sedangkan Exco dari DAP dan PKR (pertama dari kiri) diletakkan di atas pentas.

Bagaimana Pas mengatakan mereka hendak ganti Umno jika sebelum memerintah negara pun mereka telah dihina sedemikian rupa ?

Sumber: RBF Online

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

PAS KT SELANGOR DAH HANCUR LEBUR DAHHH. MCM BATU NISAN TAK BERKUBOR. TINGGAL NAMA JEK KEHKEHKEH