Geng Bas Sekolah

July 23, 2011

Anwar Ibrahim Taksub Kepada Komunis?


Golongan yang tertarik terhadap fahaman komunisme dan mahu mewujudkan kembali fahaman itu di negara ini adalah golongan yang sesat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Justeru, beliau berkata masyarakat tidak harus melayan atau terpengaruh dengan golongan tersebut yang disifatkannya sebagai golongan yang tidak memahami sejarah negara.

"Gerakan menentang komunisme mesti menyeluruh di Malaysia ini sebab ia telah diputuskan oleh sistem perundangan dan sistem demokrasi iaitu pelaksanaan atau pewujudan Parti Komunis Malaya adalah haram.

"Sebab itu, apa-apa ajaran dan amalan yang dikemukakan oleh mereka perlu dianggap haram dan tidak boleh diamalkan di negara kita,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) kali ke-35, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, amat perlu bagi semua pihak, termasuk bekas anggota pasukan polis, memainkan peranan dalam menerangkan kepada masyarakat terutama di kawasan luar bandar tentang agenda golongan tersebut. - Bernama


Mereka yang menyokong agenda komunis adalah pengkhianat negara. Mereka tidak setia kepada negara dan sanggup menghina dan menjatuhkan maruah negara. Orang sebegini harus ditarik balik kerakyatan dan dihalau keluar dari negara.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

DAH LE NAK BUAT NEGARA NI SEBEBAS2NYA. KALAU BOLEH DIORANG NAK BWK MASUK SEMUA IDEOLOGI TAK KIRA SONGSANG KE HAPER KER, MASUK DLM PALE OTAK RAKYAT. BILA OTAK RAKYAT DH KENE RACUN SENANG LA NAK HANCURKAN NEGARA NI DR DALAM..FUCKATAN MMG BIJAK! KEHKEHKEH