Geng Bas Sekolah

June 16, 2011

Orang Melayu Makan Babi ?


Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya. - Utusan Malaysia


Akhir zaman ini bermacam macam perkara sudah berlaku. Ada perkara sedih, ada perkara gembira dan juga ada perkara lawak. Malaysia mahu dijadikan sebagai Hub Makanan Halal Sedunia. Tetapi lawaknya rakyat Malaysia masih lagi makan atau termakan benda haram. Memang lawak lah rancangan jadikan Malaysia Hub Makanan Halal hahahahaha.

Sehingga hari ini, umat islam di Malaysia masih lagi bergelut dengan isu makanan halal / haram. Masih banyak makanan yang diproses dinegara ini ataupun yang diimport telah dicampur dengan babi. Itu belum masuk lagi kes restoran dan kopitiam yang sengaja tidak mahu memohon sijil halal atau guna sijil palsu.


Kadang kadang aku pelik, Malaysia semakin maju tetapi pengetahuan tentang makanan halal masih lagi menjadi masalah besar. Seolah olah kita ni duduk dalam negara mundur. Adakah umat islam sendiri yang jahil ataupun penguatkuasaan JAKIM sendiri yang lemah?

Sama sama kita renungkan....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Jeffry said...

TU PSL SI MALIK TU BERANI RESMIKAN 'HARI COKLAT & BABI' TEMPOHARI. KONON2 NAK JADI MELAYU PERTAMA BUAT LAIN DR YG LAIN LA TUH KEHKEHKEH

YB Raz said...

jaff: dia teringin juga nak jadi macam samad nasrani tu hehehehe