Geng Bas Sekolah

June 20, 2011

Musuh Islam Bertambah Di Malaysia


Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Lebih memeranjatkan, belia yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima di sekolah agama di negeri ini turut dihasut membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad bagi menegakkan negara Islam.

Antara modul yang diajar gerakan haram yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun lalu adalah kaedah dan persiapan untuk menyertai perhimpunan haram.

Gerakan haram itu dipercayai ‘dibawa masuk’ oleh golongan guru sekolah dan maahad terlibat.

Mingguan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini menyiarkan kegiatan sebuah maahad yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin JI di Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai Salafiah Jihadiah.
Pelajar-pelajar yang direkrut di maahad itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Ahmad dalam pada itu mendakwa terpengaruh dengan gerakan tersebut selepas diajak oleh seorang rakan untuk menyertai kumpulan usrah di sekolahnya pada tahun 2009.

Katanya, pada awal pembabitannya dalam kumpulan usrah yang terdiri daripada 10 orang ahli, mereka hanya membincangkan masalah-masalah berkaitan agama sambil dipantau oleh seorang ustaz yang mengajar di sekolah.

“Bagaimanapun, selepas setahun menyertai usrah itu, ustaz terbabit mula membangkitkan soal politik tanah air dan secara halus menghasut supaya menentang kerajaan kerana tidak menegakkan syiar Islam. Kami juga diminta berjihad menegakkan negara dan undang-undang Islam malah guru terbabit menggunakan ayat-ayat al-Quran serta hadis untuk mempengaruhi pemikiran kami. Dalam seminar tersebut, beberapa orang panel akan menyampaikan ceramah dan ia akan diselitkan dengan unsur menumbangkan kerajaan,” jelasnya.- Utusan Malaysia


Selepas DAP, muncul pula kumpulan radikal kat Malaysia. PAS pulak dah semakin jauh dari islam. Hum eloklah tu. Haram Menteri Amaran buat kerja betul betul. Hal militan adalah berlainan sama sekali dengan isu politik. 

Isu politik lagi bertolak ansur dan berbincang tapi isu militan dah takde ampun.Militan mempergunakan agama untuk keganasan. Ini jelas berlawanan sama sekali dengan Islam. Memang sah militan adalah musuh islam. Kalau perlu gerakkan askar Malaysia segera untuk bendung kes ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

buaya said...

salam ziarah

jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

Anonymous said...

ni semua keje org pas sebab mereka je yg bence sesama islam..........mungkin rekrut nAK bunuh melayu mcm yg dia buat oleh ahlinya yg berani mati untuk cina...PAS PAS..dulu mmg suka tp sekrang namapak nik aziz syaitan pun dh ludah dh..bukan apa ..bole lak berkawan dgn org yang satu masa dulu semebelih melayu....mintak2 nanti dap semebelih dia dulu

Aspirasi said...

salam tuan, cadang untuk tukar nama bersih kepada BerSHIT atau BeerSHIT.. sesuai dengan agenda kotor merka.. tq

YB Raz said...

aspirasi: bershit hahahaha memang sesuai sangat.