Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandi kutty'.
Menulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.
"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri. Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan? Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA sebelum ini agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.
"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan," tulisnya lagi. - MalaysiaKini
Aku lagi pelik dengan Harakah. Kononnya akhbar parti islam tapi penuh dengan cerita fitnah dan karut marut. Ditambah pulak iklan ubat kuat dengan model orang tua berserban. Pelik sungguh hehehehe. Bertambah pelik apabila Nik Aziz mengaku membaca Utusan Malaysia. Tak haram ke baca Utusan Malaysia ni Tok Nik hehehehe.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
Dengan menjadi kuncu PR, Pas sudah kehilangan hala tuju perjuangan mereka.Tak hairan dah kalau Nicky bersikap demikian..namun Pas terbahgi 2 ,antara PAS ISLAM dan PAS ISLE....lu fikir lah sendiri juak2 yang memperjuangkan ISLAM , yang mana satu yang kamu pilih..ISLE=syurga dunia.CARI LAH IDENTITI anda..
wallahuwa'lam.
MCA N DAP 2 x 5,yg ko dok sibuk cakap utusan akbar lucah kenapa.Tak nak baca jgn beli,kenapa takut pasal penulis melayu dah berani menulis dgn tulisan panas,baik utusan sikit dari akbar politik lain yg penuh dgn fitnah dan caci cerca.
Begitulah kalau kena dgn puak sendiri siapa lagi nak bela.Setiap apa yg kita buat Allah akan tahu.
Post a Comment