Geng Bas Sekolah

May 16, 2011

PERKASA Isytihar Jihad - PAS Terus Dikafirkan DAP


Amaran perang jihad ke atas masyarakat Kristian yang diisytiharkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali semalam bukan mewakili keseluruhan masyarakat Melayu di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ahli Parlimen Pasir Mas itu boleh mengisytiharkan perang jihad tetapi memerlukan sokongan majoriti dan ia perlu berlandaskan agama serta bukannya emosi semata-mata.

“Saya tidak melihat Ibrahim mewakili keseluruhan orang Melayu atau Muslim. Seperti Osama Laden, beliau tidak mewakili seluruh umat Islam,” kata Hishammudin kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas amaran Ibrahim kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam semasa ceramahnya di Kuala Lumpur malam semalam, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Menurut portal berita itu, semasa ceramahnya, Ibrahim memberitahu beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Dalam pada itu Hishammuddin menjelaskan, beliau tidak menganggap Ibrahim seorang ekstremis tetapi merupakan pemimpin yang mempunyai tahap pemahaman yang berlainan.

Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin meminta UMNO Selangor bekerja keras dan bergerak dari sekarang bagi merampas semula negeri itu daripada pihak pembangkang. - Utusan Malaysia

Perghhh semakin lantang Datuk Ibrahim Ali. Sampaikan DS Hishammuddin mati akal dibuatnya. Nak ditegah, karang tak pasal pasal dia pulak yang kena. Nak tak nak, dia kenalah cakap Datuk Ibrahim Ali tidak mewakili semua orang melayu islam.

Apa pula tindakan puak PAS kalau benar agama Islam diancam? Adakah mereka berani mempertahankan Islam ataupun sekadar berani melaungkan mereka parti islam? Pok Nik pulak ada berani ke nak keluar "patwa" merapu hehehehe

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Jeffry said...

PARTI PANDIKUTTI & PASRAEL CUMA PANDAI NAK GADAI ISLAM KAT KEDAI PAJAK DEEAYYPIG..KLU BKN ORG ISLAM SENDIRI NAK PERTAHAN ISLAM NK HARAPKAN SAPE LAGI? HUHUHU

YB Raz said...

jeff: tau xpe hehehehe