Geng Bas Sekolah

May 12, 2011

Cina DAP Terus Menyerang Orang Melayu Dan India !


Sebahagian peniaga gerai di Pandan Perdana yang gerai-gerai mereka telah dirobohkan atas arahan Janice Lee, ADUN Teratai dari DAP, telah berkumpul dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabatnya di Jalan Bunga Tanjung 10, Taman Muda atau lebih tepat lagi, di belakang PASAR BABI TAMAN MUDA.

12 tahun berniaga tanpa sebarang gangguan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, akhirnya periuk nasi mereka telah ditabur pasir oleh ADUN Teratai itu bagi memberi laluan kepada projek yang sudah tentu ada kaitan dengan Pakatan Rakyat.


Anehnya, gerai-gerai di sepanjang jalan di hadapan pejabat Janice Lee tidak pula dirobohkan. Gerai-gerai tersebut adalah gerai-gerai Cina sepenuhnya yang pada asalnya adalah gerai-gerai haram. Kerajaan Barisan Nasional telah membina semula gerai-gerai tersebut ketika Ong Tee Kiat menjadi Ahli Parlimen Ampang. Manakala penjaja-penjaja Melayu pula ditempatkan di jalan menuju ke Taman Kenchana, di luar dari kawasan babi.

Bagaimanapun, baru-baru ini atas TITAH PERINTAH Janice Lee, gerai-gerai Melayu yang dibina di sekitar hentian bas lama dengan peruntukan kerajaan, telah dirobohkan. Alasan yang diberikan ialah, gerai-gerai tersebut dipindahkan kerana mengganggu lalu lintas, walhal yang menyebabkan kesesakan ialah PASAR BABI dan gerai-gerai Cina dari Stesen Minyak BP sehingga ke Stesen Minyak Petronas.


Petikan : Unspinner

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

izz said...

mmg betul... kalo kwsn org cina mana nk kacau... dhla sesak, kotor plak tu.. derang pedulik ape janji KAYA!!! kalo leh dh kaya nk kaya lagi... mati nnt bwk sume tu masuk kubur! adoiii.. knpla pembangkang bongok yg kononnye melayu islam tk sedar2 lg nk bersekongkol dgn kaum yg berkepentingan mcm ni... kalo kita ada kedudukan dan ada duit dia nak la kwn... kalo dak diludahnye ajer! siannya org melayu islam yg begitu...

Jeepers Creepers said...

izz: tau xpe..kalau semua peniaga dilayan adil takpe..tapi lebihkan peniaga bangsa sendiri, itu dah melampau sebenarnya..itulah yang buat rakyat marah.