Geng Bas Sekolah

April 6, 2011

Siapakah Pelakon Filem Blue 2011?

KUALA LUMPUR 5 April - Penyiaran sebahagian daripada rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang di laman perkongsian video YouTube semalam rupa-rupanya mengundang resah segelintir pihak.


 Ia terbukti apabila penyebaran video yang disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran dalam kes itu, hanya sempat bertahan kurang lapan jam sebelum pihak pengurusan YouTube yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat menarik balik penyiarannya atas alasan mengandungi unsur lucah.


Bagaimanapun, video yang dimuat naik individu yang memakai nama samaran 'thepowerman' melalui komputer pelayan di Bangkok, Thailand itu didapati langsung tidak memaparkan aksi lucah kecuali pergerakan tiga individu termasuk salah seorang yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang dalam sebuah bilik.

Utusan Malaysia difahamkan, tindakan menarik balik penyiaran sebahagian rakaman video itu oleh pihak pengurusan YouTube dibuat selepas mendapat tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan pendedahannya kepada umum.


Ekoran tindakan tersebut, pelbagai pihak mempersoalkan kewajaran menarik balik penyiaran rakaman selama 1 minit 47 saat itu kerana ia menunjukkan ada golongan tertentu yang tidak suka bila kebenaran mengenai skandal rakaman video aksi seks itu didedahkan kepada rakyat.

Menurut mereka, tindakan itu hanya merugikan pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan aksi seks tersebut kerana ia menimbulkan rasa ingin tahu yang semakin tinggi di kalangan orang ramai apatah lagi, video itu dipercayai sudah dimuat turun dari YouTube.

Sumber: Utusan Malaysia

Ada orang panas rupanya. Tapi siapa yek. Mungkin pelakon filem blue tu dah panas tu pasal dia suruh Youtube tarik balik. Tapi kalau difikirkan, siapa yang mempunyai hubungan baik dengan mana mana pihak di Amerika selama ini ye. 

Yelah kalau seseorang tu tak ada kenalan di sana, mustahil Youtube yang berpengkalan di California Amerika Syarikat senang senang nak tarik balik. Padahal mana ada adengan lucahpun dalam video tu. Siapa yang selalu berulang alik di Amerika Syarikat, yang mempunyai ramai rakan yang berjawatan tinggi didalam pentadbiran White House.

Siapa orang tu ye hehehehe.


Man are born to succeed, not fail. - Henry David Thoreau

1 comment:

Tieah Madian said...

Kwang kwang kwang.. Kantoi~

*Tak sabar tunggu hasil siasatan sepenuhnya..


Entry Terbaru : Bukan Blog Lucah Tapi Gambar 18SX ; Apakah???