Geng Bas Sekolah

April 11, 2011

Sendiri Buat Sendiri Tanggung


DALAM tempoh sebulan dua ini, isu pemberhentian perkhidmatan pembayaran bil bekalan air di pejabat pos menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat di merata tempat di Kedah. Kisah berkenaan menjadi fokus utama lebih-lebih lagi kepada penduduk di kawasan pedalaman seperti Sik, Baling, Padang Terap dan Bandar Baharu.

Ia bermula selepas Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) mengumumkan pemberhentian berkenaan mulai 1 Mac lalu dengan alasan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menaikkan komisen daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap bil.

SADA terpaksa berbuat demikian kononnya untuk menjimatkan kos kerana sebanyak RM1.2 juta setahun diperlukan untuk membayar komisen jika syarikat milik penuh kerajaan negeri itu terus melantik Pos Malaysia sebagai agen kutipan.

Di kalangan rakyat jelata, kedengaran suara-suara merungut bahawa alasan tersebut dangkal dan tidak dapat diterima. Ini kerana, tindakan terbabit sebenarnya hanya menguntungkan kerajaan negeri, sedangkan rakyat teraniaya. Jika dinilai secara terperinci, sebahagian besar daripada 500,000 pemegang akaun domestik SADA merupakan penduduk kawasan pedalaman.

Sebelum ini, mereka mendapatkan perkhidmatan di 46 pejabat pos seluruh pelosok negeri untuk menjelaskan bil air. Bagaimanapun, kini pengguna terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke pekan atau bandar semata-mata untuk membayar bil bekalan elektrik itu.

Langkah memberhentikan perkhidmatan terbabit di pejabat pos juga dilihat amat tidak praktikal memandangkan rata-rata bil penduduk kampung bukanlah dalam jumlah besar iaitu sekitar RM7 hingga RM10 sahaja sebulan.

Apabila kerajaan negeri memutuskan demikian, orang kampung terpaksa menaiki kenderaan atau menyewa teksi ke pekan sekali gus meningkatkan kos pengangkutan mereka.

Sekadar contoh, penduduk kawasan Felda Lubuk Merbau di Padang Terap perlu pergi ke pekan terdekat sama ada Kuala Nerang, Pokok Sena atau Pendang yang jaraknya kira-kira 40 kilometer hanya untuk membayar bil air. Walhal mereka sebelum ini boleh menjelaskan bil itu di pejabat pos yang jaraknya tidak sampai dua kilometer dari rumah.

Keadaan diburukkan lagi dengan pembayaran bil air hanya boleh dibuat di 16 pejabat SADA dan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau bank-bank terpilih yang kesemuanya terletak di pekan besar.

Di pihak SADA sendiri, perkhidmatan membayar bil dikatakan tidak cekap kerana sekadar membuka beberapa kaunter, malah waktu perkhidmatan terlalu singkat iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 3.30 petang serta ditutup pada hujung minggu. Akibat itu, pejabat SADA menjadi sesak malah ada pelanggan terpaksa datang semula pada hari lain angkara terlalu ramai beratur untuk membayar bil pada satu-satu masa.

Bagi pemerhati politik, tindakan yang diambil kerajaan negeri itu benar-benar bertentangan dengan slogan Kedah Sejahtera yang dilaungkan mereka. Situasi berkenaan memperlihatkan wajah sebenar kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasib rakyat yang memberikan mandat kepada mereka mentadbir.

Walhal, mereka sebelum ini juga mendakwa telah memperoleh keuntungan hasil kecekapan mengurus sumber pembalakan lebih RM50 juta iaitu satu angka yang berlipat kali ganda berbanding sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah.

Jika benar memperoleh keuntungan besar, kenapa tidak boleh menanggung komisen bil air itu bagi mengurangkan beban rakyat jelata? Apapun, kerajaan negeri pimpinan Pas nampaknya lebih senang mengamalkan sikap 'kedekut' kerana tidak mahu keluarkan duit.

Ini bermakna semua beban dan tanggungjawab kini dipindahkan ke atas bahu rakyat jelata. Tidak keterlaluan dikatakan ia merupakan satu sikap yang cukup tidak bertanggungjawab.

Selaku kerajaan yang sentiasa memperjuangkan kesejahteraan rakyat, mereka tidak sepatutnya mudah untuk melepaskan bebanan kos. Dalam hal ini, kerajaan negeri harus belajar daripada kerajaan Pusat bagaimana ia terus menanggung subsidi minyak yang besar walaupun sedang berlaku kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Sekiranya ia boleh dilakukan, tidak mustahil rungutan akan berkurangan, malah mampu mengekalkan populariti di kalangan rakyat. Pun begitu, jika dibiarkan berterusan, sudah pasti rakyat Kedah akan 'menghukum' mereka dalam pilihan raya umum kelak. 


Hurmm entahlah. Dah penat aku nak bising. Senang cakap rakyat Kedah tanggunglah sendiri. Rakyat yang pilih PAS sebagai parti memimpin. Dan sekarang baik buruk PAS tanggunglah sendiri. Kadang kadang kalau kita nak salahkan pemimpin PAS pun tak boleh juga. Sebabnya yang pilih mereka adalah rakyat sendiri. Kalau rakyat tak pilih mereka, mereka tak akan menjadi pemimpin.

Dalam kes macam ni, salahkanlah rakyat sendiri sebab mereka sendiri yang pilih PAS. Sendiri buat sendiri tanggunglah.

1 comment:

Jeffry said...

SLM BRO..JIJAN NI MB TAMAK HALOBA. KEDEKUT TAIK IDONG MASIN MCM HAJI BAKHIL. PEPATAH LAMA ADE KATE "ORG TAMAK SELALU RUGI"..DAH LE TAMAK, KAKI KAPOR PLAK TUH!..PERUNTUKKAN DARI KERAJAAN PUSAT PUN DIORANG KAPOR KEHKEHKEH