Geng Bas Sekolah

April 14, 2011

Raja Fitnah The Return

Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.

Raja Petra berkata, individu-individu itu mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka termasuk seorang yang bernama Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog, Din Merican.

“Seorang pegawai perisik yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama,” katanya dalam temu bual itu yang disiarkan oleh Buletin Utama malam ini.

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpah itu.

Katanya, beliau menerima maklumat daripada individu-individu itu kononnya isteri Perdana Menteri berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh. - Utusan Malaysia

Datang balik orang tua ni. Dia inipun sama spesis dengan pakcik Anwar. Umur dah cecah 60 tahun tapi tak reti nak taubat. Bagaimana dengan kes dia ni dulu. Dulu beriya benar nak tangkap orang tua. Lepas tu terus senyap tak ada berita. 

Orang tua ni dah mengaku cerita pasal Rosmah dan Altantuya tu fitnah. Puak PKR tak payah cakaplah. Dorang bukan kisah pasal agama. Tapi puak PAS ni apa cerita. Konon kuat beragama tapi takkan cerita fitnahpun layan juga kan. Puak PAS masih setia dengan gayboy tua lagi ke hehehehe.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: