Geng Bas Sekolah

April 4, 2011

Bila SKMM Nak Bertindak

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kewujudan laman blog http://alfanso-rightstoon.blogspot.com/ yang didakwa sarat dengan elemen perkauman dan hasutan.

Menurut Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Zubir Harun, paparan blog tersebut yang bersifat keterlaluan boleh menimbulkan keresahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.

Jelasnya, perkara itu amat berbahaya sekiranya dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tidak timbul lebih banyak perpecahan kaum di negara ini.

"Jangan sampai Melayu ambil tindakan sendiri sehingga melampaui batas undang-undang.

"Kami tidak mahu ada sebarang huru-hara dalam negara. Justeru, setiap perkara yang membabitkan perkauman seperti ini wajib disiasat pihak berkuasa sebelum terlambat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tidak setakat memadankan gambar pemimpin Melayu dengan binatang, blog itu turut memaparkan kata-kata hinaan terhadap PDRM selain menyifatkan Melayu UMNO sebagai paria sebenar. - Utusan Malaysia

Nak harap SKMM, jangan haraplah. Mereka kata mereka memantau laman web di Malaysia. Tapi kenapa dah banyak kes begini, tak ada tindakan diambil. Tapi bila kes melibatkan big boss mereka, cepat pulak buat kerja. Ada apa apa ke hehehe

1 comment:

Anonymous said...

jangan kata begitu ,skmm telah ambil tindakan ,jika ada laman web begini kita sepatutnya lapor kpd skmm bukannya kpd akhbar ...