Geng Bas Sekolah

April 2, 2011

Bakor Je!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 50 lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara hasil operasi susulan suruhanjaya itu yang memasuki hari keempat, bermula Isnin lalu.

Penahanan semua pegawai pelbagai pangkat dan jawatan itu diperoleh dalam serbuan SPRM di pelabuhan utama negara di Selangor, Pahang, Johor dan Pulau Pinang.

Dalam operasi itu, SPRM turut menemui wang tunai lebih RM500,000 di salah sebuah rumah pegawai kastam berkenaan.

Menurut sumber, modus operandi mereka terlibat adalah memudahkan barang-barang diimport masuk ke dalam negara tanpa pemeriksaan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Lokasi operasi pula tertumpu di pelabuhan-pelabuhan utama negara dan tangkapan tertinggi adalah di Pelabuhan Klang.

Memang patut mereka ditahan. Mungkin mereka ini juga terlibat dengan sindiket dadah antarabangsa. Perbuatan mereka ini tak boleh dimaafkan. Pengkhianat negara wajar dihukum bunuh.

1 comment:

Anonymous said...

operasi kene buat berterusan....byk sangat yg tak kena............bayangkanla,kete bapa saya yg hilang boleh ada kat Dubai....camane tu.....kete saya nasib baik tak lepas nak keluar border kat kelantan...hidup org kerja kerajaan,mane blh mewah....aku ex kerajaan...bukan peon..aku pegawai tau....SPRM..teruskan usaha..teruskan gempur...melampau dah semuanya.....bersihkan....