Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kegagalan BN menyelesaikan masalah hubungan antara agama terutamanya dalam isu kalimah Allah dan Al-Kitab walaupun berpengalaman mentadbir negara lebih 50 tahun.
Anwar berkata BN masuk campur dalam hal ehwal masyarakat Kristian disebabkan sikap sombong dan bongkak mereka.
"Tak perlu gaduh soal ini, itu hak masing-masing, dalam 'Al Kitab' pakai Allah, (itu) hak orang Kristian, Bidayuh , jangan gaduh, yang gaduh ini sebab dia tak faham, yang tak faham ini Barisan Nasional, kalau tak faham tak boleh perintah, kita kena ubah pemerintah bagi yang faham perintah," kata Anwar ketika bertemu dengan masyarakat Bidayah di Kampung Paon Sungai Rimu, Serian semalam.
Beliau juga sempat memberi penjelasan kepada masyarakat Bidayuh yang kebanyakan mereka beragama Kristian mengenai isu penggunaan kalimah Allah.
"Nabi orang Islam Nabi Muhammad, bapa Muhammad namanya Abdullah, nama Abdullah itu sebelum Islam, sebab Nabi belum ada nama sudah ada Abdullah, maknanya hamba Allah, 60-70 tahun sebelum Islam, jadi macam mana kita boleh kata orang Kristian tidak boleh pakai nama Allah, dia (BN) tak pakai otak sebab dia tak faham sejarah," kata Anwar.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menjelaskan dasar Pakatan Rakyat adalah saling hormat-menghormati di antara penganut agama lain.
"Saya dapat surat dari Mufti Mesir dan Uskup Agung (Archbishop), Washington untuk saya ada bersama dalam peringkat tertinggi dua dialog dan kerjasama antara Muslim dan Kristian, kalau saya dipanggil untuk mesyuarat kerjasama Muslim-Kristian sedunia, takkan saya tak boleh ajak kerjasama Muslim-KristianSsarawak, ini yang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN tak faham sebab dia tak dipanggil. siapa nak panggil dia," kata Anwar lagi.
Justeru beliau menegaskan Pakatan Rakyat akan memperkenalkan barisan calon yang benar-benar menjiwai hasrat dan memikul amanah rakyat. - MalaysiaKini
Sekali lagi orang tua ni cuba menimbulkan ketegangan diantara penganut islam dan kristian. Aku akui injil bahasa melayu digunakan secara meluas di Borneo sejak dulu lagi. Malah sebelum orang tua ini lahir lagi. Tapi yang aku bantah sekiranya ianya digunakan di semenanjung. Dan sebagai umat islam, aku juga membantah kerana ianya menggunakan perkataan Allah s.w.t. Kenapa tak guna perkataan Tuhan Bapa? Kenapa perlu guna perkataan Allah s.w.t?
Maaf orang Sabah Sarawak. Aku tak marah dengan kamu. Tapi aku marah dengan orang tua paling celaka dalam sejarah Malaysia ini. Orang tua ini sanggup membuat apa saja asalkan cita citanya tercapai.
Orang tua ni kata Pakatan adalah parti paling menghormati agama dan bangsa lain? Huh sisih malaikat 44. Apa yang mereka tahu pasal hormat? Apa yang DAP tahu pasal hormat? Sengaja menyusahkan peniaga melayu. Apa hormat? Sesungguhnya Pakatan adalah gabungan parti paling celaka dalam sejarah Malaysia dan mungkin juga di dunia ini.
Orang tua ni juga sengaja menghina islam. Dalam islam, nama Abdullah digunakan kerana ianya bermaksud hamba Allah. Malah ianya adalah nama Ayahanda Rasullullah s.a.w sendiri. Malah didalam islam sendiri dianjurkan menggunakan nama Abdullah kerana ia sendiri membawa maksud yang baik. Dan islam adalah daripada Allah s.w.t sendiri
Tetapi injil yang ada sekarang adalah tulisan manusia. Bukannya daripada Allah s.w.t lagi. Jadi mengapa perlu dikaitkan lagi dengan Allah s.w.t. Malah orang kristian di barat sendiri mengakui Tuhan Bapa bukanlah Allah yang disembah oleh umat islam.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.
Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah. Jadi apakah ertinya nama Allah digunakan didalam injil sedangkan mengikut fahaman kristian, menreka mengamalkan fahaman triniti.
Aku sudah tidak tahu lagi apakah pegangan akidah orang tua ini. Adakah dia masih islam ataupun bukan. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya untuk bertaubat.
1 comment:
Anwar Ibrahim akan melakukan apa sahaja untuk ' menyelamatkan dirinya' dalam menghadapi hari perhitungannya yang semakin hampir...... walaupun terpaksa menjual murah Agamanya.
Semoga sembahyang hajat oleh PAS dan pengikut taksubynya di Stadium Milawati Shah Alam,makin menyerlah kebenaran yang hakiki.Allah tidak akan membenarkan makluknya menggunakanNYA untuk kepentingan orang yang tercemar dan hipokrit..
Post a Comment