Geng Bas Sekolah

March 3, 2011

Tentera Kafir Cuba Menjajah Negara Islam


TRIPOLI 2 Mac - Kapal perang Amerika Syarikat (AS) menyeberangi Terusan Suez untuk ke Libya hari ini ketika negara-negara Barat mengenakan tekanan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi supaya beliau menghentikan kekejaman serta meletak jawatan.

AS berkata, Libya boleh berhadapan perang saudara melainkan Gaddafi menamatkan pemerintahan selama empat dekad di tengah-tengah kebimbangan pemberontakan yang berlaku itu boleh mengakibatkan krisis kemanusiaan.

"Kami akan terus meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi sehingga beliau meletak jawatan, membenarkan rakyat Libya menyatakan kebebasan bersuara dan menentukan masa depan mereka sendiri," kata duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice kepada rancangan ABC, Good Morning America.
Sekali lagi Amerika cuba menunjuk kuasanya di rantau negara islam. Walaupun Amerika menggunakan alasan Gaddafi melakukan kekejaman keatas rakyatnya, tetapi niat sebenarnya adalah mahu mengawal minyak yang begitu banyak di Libya.

Omar Al-Mukhtar, Mujahiddin Libya Menentang Penjajah Itali

Malah selama inipun sememangnya Amerika sentiasa mahu menyingkir Gaddafi daripada Libya. Malah Libya dikenakan sekatan ekonomi didalam usaha untuk melemahkan negara tersebut. Tetapi usaha itu tidak berjaya kerana rakyat Libya bersatu.
Dan sekarang rakyat Libya sudah berpecah belah. Inilah masanya Amerika mula melaksanakan niat jahatnya. Iraq dan Afganistan sudahpun jatuh kedalam pengaruh Amerika. Manakala negara teluk yang lain sememangnya negara yang tunduk kepada Amerika. 

Sekiranya Libya juga jatuh kepada Amerika, yang tinggal hanyalah negara negara islam di asia tenggara sahaja iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Di Malaysia dan Indonesia sekarangpun sudah wujud kumpulan kumpulan pro Amerika. Malah di Malaysia, Amerika sudahpun meletakkan bonekanya didalam arus politik negara. Cuma Brunei sahaja yang masih belum diganggu gugat oleh ejen asing kerana mengamalkan polisi pemerintahan monarki.

3 comments:

Abu Idris said...

1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah

Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.

Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/

Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.

Jeepers Creepers said...

terima kasih

Tieah Madian said...

Aku benci negara ituuuuuuuuu..
Huhh..
Penindas tak habis2 dibuatnya..

Entry Terbaru : Disebalik Tabir Blog