Geng Bas Sekolah

March 1, 2011

Negara Barat Celaka

PARIS: Negara Barat dikatakan menimbangkan untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Libya berikutan ancaman pembunuhan beramai-ramai dan prospek ratusan ribu rakyat negara Arab utara itu menjadi pelarian di Eropah.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan dilancar tanpa kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pegawai kanan, termasuk perdana menteri Perancis Francois Fillon tidak mengetepikan kemungkinan pesawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Udara (NATO) digunakan untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya bagi menghalang pemimpin kuku besi Muammar Gaddafi melancarkan serangan udara terhadap rakyatnya sendiri. Sabtu lalu, Majlis Keselamatan PBB mengenakan beberapa sekatan ke atas rejim Gaddafi dan mendesak tindakan ganas bagi menangani bantahan rakyat dihentikan segera.

Sumber: Berita Harian

Jahat gila negara barat ni. Suka suka mak bapak dia je nak masuk campur hal negara lain. Walaupun aku setuju yang perbuatan Muamar Gadafi ni kejam tapi bagi aku itu adalah masalah dalaman negara dia sendiri. Orang luar tak perlu masuk campur.


Akupun pelik kenapa NATO beriya iya nak buat zon larangan terbang di negara Libya. Negara Libya adalah negara bebas dan berdaulat. Kenapa pertubuhan asing boleh suka suka je nak sekat ruang udara negara orang lain. Aku syorkan kalau negara barat cuba menyerang Libya walau apapun alasan yang diorang berikan, setiap negara islam mesti serang semula negara barat. "There must be a war, god will its."

Aku lihat sejak demostrasi di Tunisia, presiden Amerika, Barrack Obama asyik sibuk suruh pemimpin negara yang  tengah bergolak berundur dari jawatan. Tapi masa presiden gila dia GW Bush dulu pegang kuasa, ada ke negara lain suruh dia berundur?


Kalau dilihat secara mendalam, tak mustahil semua yang terjadi adalah disebabkan oleh permainan CIA. Memang betul pemimpin negara macam Ben Ali, Muamar Gadafi dan Hosni Mubarak adalah pemimpin bermasalah. Tapi ditambah dengan permainan CIA, barulah semua rusuhan ini terjadi.

Kita ni dah akhir zaman. Peperangan antara orang islam, yahudi dan kristian memang tak boleh elak dah. Walau apapun yang berlaku, kita tetap kena hadapi. War is a war. Cuma kalau kita nak menang, semua umat islam harus bersatu. 

Hari ini, umat islam di Libya, Mesir dan Tunisia mungkin disokong oleh kuasa barat. Tapi esok mungkin mereka akan dijajah pula oleh kuasa barat. Bukan dengan kuasa tentera tetapi dengan kerajaan dan pemimpin boneka seperti yang berlaku di Iraq dan Afganistan sekarang.


Malangnya kat Malaysia ni pun ada juga lahanat lahanat yang cuba menjatuhkan Kerajaan dan menaikkan pemimpin boneka tajaan yahudi zionis. Siapa lahanat lahanat tu, korang sendiri tahu kan.


2 comments:

hangkedee said...

Akibat daripada keBODOHAN orang Islam sendiri suka berpecah belah.Ajaran Agama letak dibelakang.Sanggup di perkuda.CTH sanggup tidur atas jalan demi DAP.Langkah mayat dulu buat negara Islam??????

YB Raz said...

hangkedee: sebab benda benda macam tu lah umat islam terjajah..bukan sebab perlembagaan tak ikut hudud.