Geng Bas Sekolah

February 18, 2011

Jaksa Pendamai Johor Dimansuhkan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memutuskan untuk memansuhkan jawatan dan kuasa Jaksa Pendamai (JP) di negeri ini serta merta dan tidak akan menganugerahkan tauliah itu.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, keputusan itu dibuat kerana JP yang mempunyai kuasa bersamaan dengan Majistret Kelas Kedua tidak lagi relevan pada masa ini.

"Fungsi Jaksa Pendamai pada ketika ini tidak lagi relevan dan oleh kerana itu Tuanku Sultan Johor memutuskan jawatan terbabit dimansuhkan dengan serta merta dan tauliah mereka dikembali ke Istana,” katanya dalam sidang akhbar di Istana Besar di sini, hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Sampai ke hari ini aku masih tak faham apa itu Jaksa Pendamai. Semasa kecil aku pernahlah lihat sebuah papan tanda Jaksa Pendamai di sebuah barisan kedai lama. Dan sekarang papan tanda itu sudahpun tiada. Malah lot nya diganti dengan sebuah kedai lain.

Dulu aku ingat kerja dia dok settle orang gaduh. Bila meningkat dewasa aku ingat kerja dia sekadar sain dan chop borang. Apapun aku sambut baiklah usaha sultan Johor ni. Benda benda lama yang sudah tidak lagi releven perlulah dibuang. Kita kenalah ikut peredaran zaman. Dan kalau boleh kerenah birokrasi yang terlalu mengarut di jabatan kerajaan juga perlu dibuang. Menyusahkan urusan sahaja.

Erkk buang sekali ahli politik yang dah lama dan berkarat macam Nik Azizpun elok juga hehehehe.

No comments: