BANGI, 24 Jan. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Islam negeri sedang memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ”Sidang Parlimen Roh” selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu mengikut mekanisme tersendiri memandangkan penghidup semula ajaran itu ialah seorang daripada balu Ashaari yang dikenali sebagai Ummu Jah yang kini berada di Mekah atas urusan perniagaan.
"Apabila dia berada di Mekah, kalau kita panggil (untuk disiasat) pun, dia tak akan hadir. Kita sedang memantau dengan dekat dan kita akan melihat ruang dan juga peluang yang boleh menyekat pemikiran itu yang terpesong daripada ajaran agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra bersama pelajar Diploma Pentadbiran Islam di Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia
Huh sidang parlimen roh. Lagi hebat tu. Patut Nik Aziz pun ikut cara ni. Gerenti boleh panggil semua hantu untuk tolong naikkan undi kat Tenang nanti hehehehe.
No comments:
Post a Comment