Geng Bas Sekolah

January 19, 2011

Orang Gila Mengamuk


KUALA LUMPUR: Bukan sekadar cermin dua kereta dipecahkan, malah bapa mentua dan adik ipar sendiri turut dicederakan seorang lelaki yang naik angin selepas isterinya tidak mahu pulang ke rumah kerana menghadiri majlis pertunangan adiknya.

Kejadian berlaku di rumah bapa mentua terbabit di Jinjang di sini, malam Ahad lalu, selepas dia yang berusia 50-an campur tangan untuk meredakan kemarahan menantunya yang berusia 30-an. Sumber polis berkata, selepas mengamuk dan memecahkan cermin dua kereta di rumah bapa mentuanya, menantu berkenaan meninggalkan tempat kejadian selepas ditenangkan bapa mentuanya.

Namun, kemarahannya nyata belum reda apabila dia menghubungi adik iparnya yang berusia awal 20-an kira-kira jam 10 malam kononnya mahu berjumpa bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Adik iparnya yang ditemani dua rakan berusia awal 20-an serta bapanya pergi menemui suspek di sebuah restoran berhampiran kawasan perumahan mereka. Bagaimanapun, semua mereka tiba-tiba diserang sekumpulan 10 lelaki tidak dikenali bersenjatakan kayu dan besi dipercayai rakan suspek,” katanya.

Sumber itu berkata, walaupun dapat melarikan diri, dua daripada empat mangsa termasuk bapa mentua suspek cedera pada tangan dan badan.

“Keempat-empat mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jinjang. Dua daripada mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun ditahan berhampiran kawasan rumahnya kira-kira jam 11 malam kelmarin, namun rakannya yang lain masih dikesan.

Suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sumber: Harian Metro

Huh gila betul menantu dia tu. Tu ler lain kali kalau nak kawinkan anak tu tengok tengoklah sikit. Jangan main bailong je. Main ambik je. Yang pompuan pun satu. Suka sangat ambik orang gila, penagih dadah, mat rempit jadi laki. Bila dah susah baru mengelupur tak hingat.

Harap orang gila ni dihukum penjara sepanjang hayat. Bahaya woo bagi orang gila ni bebas. Kang dia bunuh orang lain pulak.

7 comments:

Amy Syaquena said...

subahanaallah minta di jauhkan la dalam kehidupan kita..

Anonymous said...

ini bukan menantu yang baik melain kan dia ada lah anak hantu semata-mata

Jeffry said...

KES SALAH PILIH MENANTU TERPILIH HANTUU! KEHKEHKEH

Puteri Iqa Izyan said...

haih.. tadek perasaan betul

YB Raz said...

amy: yup

anon: hehehe

jeffry: sekarang banyak hantu dah keluar terutama kat Dun Tenang hehehe

d_tieah said...

Haish..
Mcm2 hal lah..
Tension sgt kot..

YB Raz said...

d_tieah: zaman sekarang ramai yang sakit mental..punca antaranya memang sebab tension ^^"