Geng Bas Sekolah

January 8, 2011

Mangsa Rogol Mengaku Sendiri


JAKARTA 7 Jan. - Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) hari ini menegaskan, tidak wujud sebarang kes pemerkosaan melibatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah dari Indonesia seperti mana digembar-gemburkan.

Ketuanya, Jumhur Hidayat berkata, berdasarkan kepada keterangan daripada pembantu rumah berkenaan iaitu Rubingah, kejadian tersebut tidak pernah berlaku sepanjang dia bekerja dengan Rais.

''Malahan dalam kenyataan bertulisnya, Rubingah turut menafikan berlaku sebarang perbuatan tidak senonoh oleh majikannya itu,'' kata beliau seperti mana dilaporkan oleh Detik.com hari ini.

Penjelasan Jumhur adalah berdasarkan kepada pertemuan empat pegawai Balai Pelayanan, Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman, baru-baru ini.

Rubingah bekerja di rumah Rais mulai tahun 1999 hingga 2007 selepas itu dia kembali ke kampungnya di Banjarnegara, Jawa Tengah.

Dia mempunyai dua anak iaitu Monika Umami, 26 dan Agustina Umami, 21.

Menurut Jumhur, beliau sudah menyerahkan penjelasan Rubingah kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan sedemikian kerana ia berkait rapat dengan nama baik Rubingah dan keluarga wanita tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan bersumpahnya, Rubingah menjelaskan, sepanjang 8 tahun bekerja dengan Rais tidak pernah berlaku sebarang gangguan seksual ke atasnya.

''Semuanya baik-baik sahaja tidak pernah ada masalah, apa tah lagi berkaitan perlakuan tidak senonoh terhadap saya," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Yaaa kali ini tuan empunya badan sendiri yang membuka cerita. Jadi dari mana datangnya cerita ini? Adakah dari khayalan Rocky Bru dan Bigdog? Ataupun dari "wahyu" Nik Aziz? Mungkin juga dari mimpi tidur Lim Guan Eng? Dan mungkin..Mungkin dari bayangan khayalan pakcik Anwar?

Huh macam macam cerita di akhir zaman sekarang ni ya.

1 comment:

terokai seni said...

sapa pulak yang berbogel ter