Geng Bas Sekolah

January 28, 2011

Cikgu Maarof Amal Mungkar

Align Center

Cikgu cikgu. Akhir zaman ni pun cikgu dah gila kuasa. Jika dulu semua orang hormat dengan cikgu. Sebab cikgulah yag mengajar kita menjadi manusia yang berguna, menjadi manusia baik. Tetapi akhir zaman ni dah wujud cikgu gila kuasa, cikgu penipu dan cikgu putar alam.

Cikgu Maarof dan cikgu Normala sememangnya pasangan ideal. Boleh masuk Sehati Berdansa. Isterinya cikgu gila kuasa. Suaminya pula cikgu penipu atau putar alam. Berbekalkan cuti sakit dengan alasan dihidapi penyakit kronik, cikgu Maarof kehulu kehilir berjalan berpegangan tangan bersama isteri tersayang merayau rayau nak "pau" undi dari penduduk Tenang.

Hebat sungguh drama cikgu Maarof ni. Rasanya setanding dengan drama pakcik Anwar hehehe. Sudah sudahlah tu cikgu. Isteri cikgu tu insyaallah akan kalah. Lebih baik cikgu balik semula ke pangkal jalan. Bertaubatlah dan kembalilah semula ke sekolah.

Satu negara sekarang dok maki hamun kat cikgu sebab cikgu dah abaikan tanggungjawap di sekolah. Tapi kalau dah cikgu gila sangat berpolitik, lebih baik cikgu letak jawatan. Lepas ni bolehlah cikgu jadi sekuriti guard pula sebab dah tak kerja hehehehe.

2 comments:

Anonymous said...

Lu ape hal.. ape yang salah besarnya sgt haa..
cuti demi agama Allah, demi agama Tuhan, mati pun x pe... demi menegakkan syariat Allah.. menentang kezaliman dan taghut.

YB Raz said...

anon: zalim? taghut? hahahaha boleh gelak kucing aku kalau baca komen ni hahahahaha