Kejadian itu berlaku semasa pertemuan di antara Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dengan Abdul Malik di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), baru-baru ini.
Yang Dipertua PKIM, Aminah Abdullah berkata, Exco tersebut ternyata tidak senang dengan soalan-soalan yang dibangkitkan olehnya mengenai perkara itu termasuk isu tanah kubur.
Menurutnya, Abdul Malik hanya menjawab isu tanah kubur di Jelutong sedang dalam perancangan tetapi tidak disusuli dengan bukti seperti dokumen.
"Oleh kerana tidak mendapat jawapan memuaskan, maka saya tanya kenapa dia (Abdul Malik) dan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman sebagai orang Melayu tidak turun padang melihat masalah mereka.
"Tetapi dia 'melompat' dan menjawab banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan olehnya dan Mansor, bukan setakat isu tanah kubur atau orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas pengalaman yang dilalui oleh ahli Forum Penyelarasan Umat (Forum) setiap kali mahu berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyelesaikan isu tanah Lot 21 dan 22 di Jelutong di sini yang mahu dijadikan kawasan perkuburan Islam.
Semalam, mereka sekali lagi hampa dan kecewa apabila Guan Eng masih enggan bertemu dengan mereka.
Sumber: Utusan Malaysia
Biasalah puak PAS ni mana pernah peduli dengan rakyat. Yang mereka tahu cuma kuasa, kuasa dan kuasa. Benda lain haprak. Malik Kassim ni mungkin tak kisah soal tanah kubur sebab mungkin dia dah tempah tanah kubur cina ataupun main bakar je mayat dia nanti.
Nak minta tolong Lim Guan Eng? Hahahaha kelakau gila. Sedangkan tanah orang hidup pun dia dok rampas inikan pula tanah orang mati. Cina ni takkan tolong korang ler. Dah tentulah tanah Lot 21 dan 22 itupun cina ni nak rampas.
No comments:
Post a Comment