Geng Bas Sekolah
Korang Kena baca ini
December 11, 2010
Nazri Janganlah Menambahkan Kebencian Rakyat
Sejak kebelakangan ini semakin ramai blogger yang menghentam Nazri Aziz berikutan layanan khas beliau terhadap Namewee. Malah kelonggaran yang beliau berikan kepada anak cina ini untuk masuk ke Parlimen menjadi kecaman ramai.
Alasan yang beliau berikan adalah Namewee hanya datang ke ruang lobi Parlimen dan bukannya masuk ke dalam Dewan Rakyat ataupun tempat persidangan. Justeru itu, kalau dilobi sahaja maka pemakaian kemas sudah memadai.
Aku tak tahulah nak cakap apa. Aku sendiri tak pernah menjejak kaki kat Parlimen tu. Sekadar melihat dari gambar gambar dan dikaca tv sahaja. Maklumlah aku orang kampung. Tak kenal mana mana menteri. Apatah lagi nak bagi projek kat mana mana kroni menteri.
Aku juga akui adalah hak Nazri untuk membenarkan sesiapa sahaja masuk berjumpanya di Parlimen. Memang itu adalah dibawah bidang kuasa beliau. Tetapi aku harap Nazri boleh berfikir apakah implikasi perbuatan beliau ini.
Adakah perbuatan beliau ini boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kerajaan BN dimasa hadapan. Aku lihat lebih banyak kecaman dan andaian dibuat bahawa kerajaan BN mungkin akan kehilangan sokongan rakyat terutama dari orang melayu kerana isu ini.
Aku faham Nazri berniat baik. Cuma beliau haruslah berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Ini kerana beliau adalah menteri. Bukannya tukang kebun sekolah. Jadi setiap perbuatan seorang menteri akan menjadi perhatian ramai.
Akupun hanya seorang blogger tetapi aku memikirkan apa kesan terhadap penulisan aku terhadap orang lain. Aku boleh dok hentam keromo, buat cerita fitnah, buat ayat lucah, caci maki Nik Aziz, pakcik Anwar, Guan Eng tapi apa kesannya perbuatan aku ni.
Aku mungkin boleh ditahan, disaman hanya kerana aku memaki mereka. Sebab aku memikirkan kesan buruk yang mungkin berlaku, aku terpaksa menahan sabar dan cuba menulis baik baik. Apatah lagi bagi seorang menteri. Seharusnya beliau memikirkan semua kesan sama ada negatif ataupun positif diatas perbuatan beliau.
PRU semakin hampir. Dan rakyat sentiasa melihat dan menilai prestasi kerajaan BN. Janganlah membuat sesuatu perkara yang boleh menyebabkan rakyat menolak BN semasa PRU nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
syabas bro
kalau lah nazri ni bertanding ditempat aku....
aku akan berkempen supaya pengundi tidak memilih beliau..
lebih elok pangkah calon mana saja asal jangan pangkah si pengkhianat bangsa ini.
sayang...umno akan terima balasan kerana menyimpan manusia munafik yang khianat terhadap bangsa melayu.
braveheart: tq
anon: betul tu
Post a Comment