Geng Bas Sekolah

November 21, 2010

Rancangan PAS Menghancurkan Felda Dan Orang Melayu Islam Gagal

Puak PAS sememangnya puak yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Tetapi sayangnya tekad mereka itu bukan digunakan ke jalan kebaikan sebaliknya digunakan ke jalan kejahatan. Puak PAS sentiasa berusaha mahu menghancurkan perpaduan umat islam dinegara ini dan seterusnya mahu melihat umat islam terus dilanda kemiskinan dan kekufuran.


Rancangan mereka untuk menghancurkan orang melayu islam dapat dilihat apabila mereka melancarkan serangan bertalu talu keatas Felda. Fitnah, sumpah seranah dan doa doa karut menjadi senjata mereka terhadap orang melayu islam Felda.



Tetapi alhamdulilah Allah s.w.t telah menolong dan melindungi orang melayu islam. Walaupun pelbagai fitnah digunakan oleh puak PAS tetapi kebenaran tetap terbukti. Seperti kata pakcik Anwar "yang batil tetap tidak akan dapat melawan kebenaran" sambil beliau melarikan diri dari sumpah seranah penyokong PKR.

Tuduhan Felda kononnya bankrap dan menyeleweng adalah tidak benar dan tidak masuk akal, kata Pengarah Besar Felda,Dato’ Dzulkifli Abd Wahab .

Berucap pada majlis sepetang bersama usahawan-usahawan Felda di Dewan Perdana Felda, Jumaat lalu, beliau berkata, sekiranya dakwaan itu benar, syarikat-syarikat besar seperti Tesco dan KFC tidak akan menawarkan kerjasama dengan mereka.

“Saya kira kalau fakta itu benar, barangkali syarikat seperti KFC dan Tesco tak akan datang ke Felda untuk menawarkan usahasama dengan syarikat yang menipu atau menyeleweng.

“Sudah tentu mereka datang kepada kami kerana mempunyai kepercayaan atas ketelusan Felda dalam menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab yang telah diberi kerajaan untuk menjaga kebajikan peneroka,” katanya ketika memberi ucaptama pada majlis berkenaan.

Dzulkifli berkata, satu lagi hakikat yang menyerlahkan betapa tuduhan itu tidak logik ialah sebahagian peneroka Felda memiliki saham dalam syarikat yang dikendalikan oleh Felda, contohnya kilang sawit Felda Holdings, di mana peneroka mempunyai pegangan 51 peratus dan 28 peratus pegangan terus dari kilang.

“Jadi, tak munasabah jika kilang yang dimiliki oleh peneroka mahu menipu peneroka sendiri. Memang tak masuk akal,” tambahnya.

Dzulkifli berkata, KFC menawarkan peluang menjalankan usahasama dalam bidang berkaitan dengan pengeluaran, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. KFC juga menawarkan peluang kepada peneroka-peneroka Felda menceburkan diri dalam bidang franchise dengan KFC atau anak-anak syarikatnya seperti Ayamas dan Pizza Hut

“Saya juga didatangi oleh Tesco yang mahu bekerjasama dalam bidang membekalkan barang-barang seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan tanpa melalui orang tengah. Mereka juga memberi peluang kepada usahawan peneroka Felda yang ingin membuat franchise menerusi penubuhan kedai sebaneka 24 jam di bawah jenama Tesco.

“Ini menunjukkan betapa tingginya kepercayaan syarikat luar terhadap Felda. Bukan senang nak dapatkan syarikat antarabangsa seperti Tesco dan KFC datang ke Felda. Semasa saya bekerka di Kementerian Perdagangan dalam Negeri, bukan mudah untuk memasarkan barangan tempatan kepada syarikat antarabangsa.

“Tesco hanya mengenakan syarat bahawa barang yang dibekalkan seperti sayur dan buah, mestilah segar, iaitu sebaik sahaja dipetik, mesti dihantar terus ke Tesco dalam masa 24 jam.”

Dzulkifli juga menyeru warga peneroka Felda supaya tidak bergantung kepada hasil getah dan sawit sahaja, tetapi berani mencuba bidang keusahawanan.

“Felda menggalakkan peneroka mencari pendapatan sampingan kerana bahan komoditi seperti kelapa sawit dan getah tidak menentu harganya. Mereka tak seharusnya bergantung kepada luas kebun 10 ekar sahaja walaupun pada masa ini ia menjadi pendapatan utama kepada keluarga peneroka. Mereka harus bersama-sama menjadikan Felda kuasa besar dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Menurut Dzulkifli, pada tahun lalu, nilai jualan daripada usahawan-usahawan dalam Felda bernilai RM911 juta dan beliau telah mensasarkan nilai itu meningkat kepada melebihi RM1 juta pada tahun ini. - Agenda Daily

Maklumat lanjut boleh dilihat di sini dan juga di sini

2 comments:

halim tuah said...

Perkhidmatan BAPAK adalah PERCUMA, tetapi perkhidmatan ANAK kene BAYAR RM500!

Syabas kepada YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan yang telah melancarkan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan BAPAK sebagai wadah sebenar warga FELDA untuk mencari penyelesaian.

Bukan seperti ANAK oleh Mazlan Aliman yang menjadi talibarut PAS serta sanggup diperalatkan oleh para peguam pro pembangkang!!!

YB Raz said...

nampak sangat puak pas hanya mencari duit saja.