Dari nilai siling sekecil 5 sen, 10 sen, 50 sen ia boleh dicampur-campur membentuk RM1.
Kini Bank Negara Malaysia (BNM), autoriti yang mengesah lakukan wang ringgit di negara ini tidak lagi mengeluarkan wang siling 1 sen. Mungkin BNM ada alasan berbuat demikian. Difahamkan untuk mengeluarkan siling 1 sen kosnya ialah sekitar 20 sen? Oleh itu ia dihentikan pengeluaran. Jadi nilai wang kita hanya bermula dari siling 5 sen.
Dari segi ilmu hisab, kita sudah rugi 4 sen. Tapi 5 sen pun sudah jarang digunakan oleh pekedai. Oleh itu kita sudah rugi 5 sen.
Pekedai lazimnya akan mula mengira mulai 10 sen. Maka kita pengguna sudah rugi 9 sen!
Sering dulu jika harga gula naik 10 sen sekilogram, maka mamak-mamak stall akan menaikkan harga minuman kegemaran orang Malaysia, teh tarik dengan harga 10 sen segelas. Maka harga segelas teh tarik sekarang ialah RM1.20 sen.
Mamak (harap jangan saman saya kerana guna istilah ini) enggan menggunakan 5 sen untuk menaikkan harga minuman itu. Mereka lebih gemar memilih 10 sen. Entah kenapa saya pun tak tau.
Budaya menggunakan 1 sen sudah hilang di negara ini. Sepatutnya nilai RM1 ialah 100 sen dan setiap sen patut diambil kira. Dulu jika kita beli kasut Bata, harga mengikut pecahan sen-sen amat popular, begitu juga di McD dan bayar bil elektrik dan air. Kini semuanya dibulatkan kepada 5 sen dan 10 sen.
Nilai 100 sen itu sudah mengecil. Dalam suasana inflasi yang semakin ketara sekarang, walaupun BNM hanya melaporkan angka yang rendah, nilai RM1 sudah hampir tiada. Harga teh tarik melebihi RM1. Masuk tandas awam kini ialah 50 sen, dua orang RM1. Belanja budak sekolah sekurang-kurangnya RM3.
Rakyat kini sebenarnya mulai gelisah kerana nilai mata wang mereka semakin mengecil. Jika dulu orang kampung boleh berbelanja dapur dan petrol motosikal sekitar RM300 sebulan, kini nilainya sudah menjadi RM250 dan ke bawah dan ke bawah.
Ia lebih memeritkan bagi mereka yang tinggal di bandar dan kota raya. Gaji RM2,500 ialah miskin bandar. Tapi majikan masih kedekut dan amat berkira untuk menaikkan gaji. Gaji yang diperoleh tidak setaraf dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kelok gaji dan kelok kos barang dan perkhidmatan tidak seimbang.
Kita berharap pakar-pakar ekonomi negara dapat memikirkan sesuatu mengenainya. Jika ke Britain nilai 1 Pound itu masih cukup besar, tapi RM1 kita sudah terlalu kecil.
Sumber: Utusan Malaysia
Akupun sedar perkara ini. Setiap tahun, nilai wang kita semakin susut. Pedulikan pasal matawang di bursa asing. Itu semua tak ada kena mengena dengan kita. Apa gunanya matawang kita kukuh atau naik tetapi kita yang tidak berkaitan dengan urusan matawang yang terpaksa menanggung beban.
Sebenarnya nilai duit kita semakin mengecil sejak 30 tahun lalu. Dahulu kita boleh membeli barangan didalam jumlah kati tetapi sekarang terpaksa didalam kilo. Barangan dahulupun cukup murah. Sejak tahun 90 an, barangan mula naik secara mendadak. Apatah lagi ditahun milenium ni!
Bertambah parah apabila PakLah menaikkan harga minyak. Terus harga barangan runcit naik bertambah tambah. Zaman ni, jangan katakan 1 sen, 10 sen sendiri sudahpun tidak bernilai lagi.
Dahulu nasi lemak dijual 50 sen sebungkus. Naik 80 sen dan kemudian seringgit. Dan sekarang naik RM1.50. Walaupun harga semakin mahal tetapi nasi semakin sedikit. Mungkin dengan hanya beberapa suap nasi sudahpun habis. Telur dipotong nipis, timun sehiris dan 2 3 ekor ikan bilis. Itu sahaja dengan harga RM1.50!
So aku harap pihak BNM segeralah berbuat sesuatu untuk mengawal krisis nilai matawang. Kerajaan pun sepatutnya mengawal pihak pengeluar, pemborong dan peniaga daripada menaikkan harga barangan sesuka hati.
Sikap tamak manusia manusia ini sebenarnya akan menghancurkan negara. Walaupun mereka akan kaya untuk jangka masa pendek tetapi kesan daripada kenaikan harga barangan akan mendatang kesan buruk kepada rakyat dan negara.
5 comments:
utk duit minyak aku pakai kad debit kerana kiraan 1 sen masuk dlm kad. jgn guna kad kredit sbb nanti termasuk sekali interest.
mana mana kedai yg ada guna nilai 1,2,3,4 6, 7,8 , 9 aku guna kad kat mana yg terima. nanti bila byr pakai transfer terus.
jadi walaupun secara fizikal duit tu tak de. tapi masih boleh guna kad.
tp solution ni tak boleh le kat org kampung. kecuali la dia irg pakai maybank debit kad. itu pun kalau mamak nak terima.
betul tu tapi berapa kerat sangat kedai kat malaysia ni yang boleh guna kad debit.
tapi... kalau tgk jualan murah, kebanyakannya menggunakan nilai 9sen
contoh... rm1.99, rm5.99
pekedai itu telah untung 1 sen!
betul tu
Baru2 ini. aku ad beli brg kt giant market..brg tuh nilai rm13.95..aku bg rm15..tp casher hnya bg aku rm1..aku tnya balik mna 5sen lagi..casher tuh ckp..service charge...apasal?? sblm ne xpernah pn ade charge...giant ambik untung mcm 2 ke??
Post a Comment