AMAT memalukan Malaysia apabila dengan mudahnya dua beranak yang berasal dari Australia dan seorang lelaki yang berasal dari Hong Kong telah berjaya membawa keluar hampir 170 kilogram dadah bernilai hampir RM1 bilion daripada kawalan pintu keluar negara kita ke Australia. Oleh kerana kawalan sempadan di Australia amat ketat dan sukar berlakunya pencerobohan bahan terlarang, maka penyeludupan dadah sebesar itu dapat dihalang oleh pihak berkuasa Australia dengan tertangkapnya tiga penyeludup itu.
Yang menghairankan, kenapa mudahnya dadah begitu besar jumlahnya dapat melepasi jangkauan pemeriksaan pihak berkuasa negara kita? Apakah pihak berkuasa Malaysia tidak berjaya mengesan sindiket pengedaran ini? Pengedaran dadah yang dibuat secara kecil-kecilan dapat pula diberkas.
Apakah Malaysia sudah menjadi negara pembekal dan penghasilan dadah? Soalan inilah yang sedang bermain di fikiran saya, kerana kita sudah sedia maklum Malaysia bukanlah negara yang menghasilkan dadah namun sendikit penyeludupan masih berjaya mengeksport sejumlah dadah dengan jumlah yang besar ke negara luar?
Cuba kita lihat contoh terdekat iaitu mengenai penjualan rokok kretek (dari Indonesia) yang diharamkan oleh kerajaan, malah penjualannya masih berleluasa di dalam negara kita. Apakah mustahil tidak ada penyeludupan atau penyelewengan di kalangan pegawai kerajaan sedangkan penjualan rokok tersebut masih lagi banyak dan mudah untuk didapati di kedai-kedai runcit? Siapa dalangnya?
Sumber: Utusan Malaysia
Biasalah orang malaysia ni memang lemau lemau belaka terutama orang melayu. Sedangkan orang melayu boleh kena pijak dengan bangsa lain dalam negara sendiri, apatah lagi kena pijak dengan orang negara lain.
Memang tidak dinafikan lagi, ramai pegawai pegawai Kastam dan Imigresen yang mengamalkan memakan bara api neraka (rasuah). Jika tidak, tak kan tidak lama dahulu boleh keluar cerita yang ramai pegawai Imigresen yang kena tangkap sebab rasuah. Ini belum campur cerita polis lagi. Ada yang sengaja menungggu duit kopi di tepi tepi jalan.
Tak masuk lagi kes polis yang ambil dadah yang sepatutnya menjadi bahan bukti di mahkamah. Apa cerita polis tu sekarang? Senyap je terus kan.
Contoh paling jelas yang sempadan negara ini longgar nak mampus adalah kes enjin jet boleh hilang dari simpanan tentera. Enjin jet tu bai. Bukan enjin lori atau kereta. Bukan kecik keciknya enjin. Tapi boleh hilang dari simpanan tentera dan lepas sempadan negara. Kan bodoh nak mampus pegawai yang sepatutnya menjaga benda benda macam ni.
Kalau benda macam ni berterusan, tak mustahil akan muncul kumpulan kumpulan pengganas di Malaysia ni. Parti PAS pun dah ada tanda tanda nak jadi pengganas.
1 comment:
hehe ini sudah bagusss...
Post a Comment