KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah pemberian dana kerajaan sebanyak RM150,000 kepada Muzium Dr. Sun Yat Sen di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai tiada justifikasi.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak nampak tokoh Revolusi China itu mempunyai jasa yang besar kepada negara ini sehingga kerajaan perlu menyediakan peruntukan sedemikian rupa.
Katanya, adalah lebih baik kerajaan menumpukan usaha untuk menubuhkan muzium khusus berkaitan institusi kesultanan dan kepahlawanan Melayu supaya generasi muda celik sejarah dan menghormati fakta pembinaan negara bangsa.
Pembinaan muzium berkenaan katanya, perlu diterajui segera oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum landskap sosial negara ini menjadi seperti Palestin dan Singapura di mana pribuminya teraniaya.
Sumber: Utusan Malaysia
Dr Sun Yat Sen merupakan satu nama yang besar buat kaum cina. Mendiang merupakan Bapa Kemerdekaan China. Malah beliau adalah Bapa Demokrasi di China sehinggalah parti komunis mengambil alih negara selepas perang dunia ke 2.
Memang Dr Sun ada datang ke P.Pinang tetapi kunjungan beliau bukanlah berkaitan dengan negara ini. Sebaliknya beliau hanya datang untuk mengambil derma daripada pelombong cina di sini. Itupun bertujuan membebaskan negara China daripada dinasti Qing.
Masih ada sebuah dua rumah yang masih kekal di P.Pinang dikaitkan dengan Dr Sun ini. Itupun disebabkan Dr Sun pernah menginap dan datang ke rumah berkenaan. Dan ada seorang anak pelombong yang bekerja di Ipoh menjadi anak angkat beliau.
Hanya itu sahaja kaitan Dr Sun dengan negara ini. Jadi aku pun bersetuju dengan PERKASA mengapa kerajaan perlu mengeluarkan duit untuk membina muzium untuk seorang tokoh yang tidak berkaitan dengan Malaysia.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengumumkan kerajaan telah menyumbang RM150,000 untuk pameran Muzium Dr. Sun Yat Sen di Pulau Pinang.
Setelah aku melihat nama Koh Tsu Koon maka akupun fahamlah. Dasar cina memang begitulah. Selagi mereka berbangsa cina, pemikiran mereka memanglah tetap senada dengan DAP. Kerana itulah Koh Tsu Koon tidak kisah sangat dengan pemerintahan DAP di sana. Malah beliau sememangnya tiada cita cita mahu mengambil semula P.Pinang sebab yang memerintahnya adalah golongan kaumnya juga.
4 comments:
Aku mintak Tsu Koon beri cuma SATU sebab kenapa kerajaan mesti bazirkan RM150 ribu buat muzium ketua reaksionari Cina yang menentang parti kerajaan Cina sekarang!! Adakah Tsu Koon mahu diimplicatekan bahawa kerajaan Malaysia menyokong parti dan kumpulan anti-kerajaan parti komunis Cina???
dia cakap untuk pelancongan..
itulah cina. melayu plak dengki. yg umno da perintah lama x nak g peluang kat org len. mcm la org len x bleh perintah.
umno mmg busuk ati.. da la rasuah.. ada hati nak pgang negara lg.
anon: kira oklah dari bagi kat ko..lagi lingkup dibuatnya
Post a Comment