Geng Bas Sekolah

October 20, 2010

Teruskan Jihad Menentang DAP

BALIK PULAU 19 Okt. - Penduduk Kampung Genting di sini tetap tidak bersetuju dengan cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung itu bagi tujuan pembinaan sebuah universiti.

Malah, mereka akan terus membuat bantahan bagi mempertahankan tanah yang telah diduduki sejak zaman nenek moyang mereka.

Seorang suri rumah, Melor Chin, 42, berkata, bukan mudah untuk dia dan keluarganya meninggalkan kawasan yang mempunyai keunikan tersendiri serta kehijauan alam yang tidak ada di bandar.

"Tidak kira macam mana pun, saya dan keluarga tetap tak mahu berpindah atau jual tanah ini, kami bertekad hendak mempertahankan rumah yang diwarisi sejak sekian lama ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan, penduduk memberi tempoh seminggu bermula semalam kepada kerajaan negeri untuk memberi maklum balas mengenai bantahan mereka ke atas cadangan pengambilan tanah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Genting, Rosman Long berkata, tempoh tersebut cukup untuk kerajaan negeri memberitahu perkara sebenar kepada penduduk terlibat.

Kelmarin, lebih 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Seorang pekerja swasta, Hamdan Abu, 51, juga mempunyai pendirian yang sama seperti Melor yang tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan IPT terbabit.

''Saya dan keluarga sudah lama menetap di sini, malah sekolah juga berdekatan sekali gus memudahkan persekolahan anak-anak kami yang lahir dan membesar di sini.

''Saya dan orang kampung memang akan bantah habis-habisan kerana kami rasa banyak lagi kawasan lain yang lebih sesuai untuk membina universiti," tegasnya.

Dua orang lagi penduduk kampung itu memberitahu mereka tidak akan melepaskan tanah sekiranya perlu berbuat demikian bagi memberi laluan kepada pembinaan tersebut.

Aisyah Budin, 73, dan Ismail Sulaiman, 65, menegaskan, mereka tidak akan berganjak dengan keputusan tersebut dan mahu kekal di kampung yang telah didiami sejak sekian lama.

Sumber: Utusan Malaysia

Syabas. Teruskan jihad menentang penjajahan bentuk baru dari Singapork. Tanah itu adalah hak orang melayu. Jangan berikannya kepada kaum lain. Kalau mereka beriya mahukan tanah, ambillah dari bangsa mereka sendiri. Jangan disentuh hak orang melayu.

PKR, PAS DAP Adalah RASIS!! Kerajaan Pakatan Kerajaan Zalim

No comments: