Geng Bas Sekolah

October 20, 2010

Tahniah Melaka Maju 2010



Masih segar didalam ingatan disaat saat bersama rakan rakan seperjuangan di Melaka dahulu. Bersama sama menuntut ilmu sehingga khatam. Melepak lepak di Dataran Pahlawan, Mahkota Parade. Menjalani praktikal di syarikat entertaiment terkenal Melaka. Menyusuri sungai Melaka bersama awek tersayang. Dan akhirnya bersama rakan untuk menjayakan Diploma Show di Melaka Mall. Semuanya masih terbayang didalam ingatan.





Dan malam ini tahniah buat Melaka kerana berjaya mencapai matlamat Melaka Maju 2010. Diatas kepintaran DS Ali Rustam memimpin negeri, Melaka berjaya mencapai status negeri maju mengikut piawaian antarabangsa.



Tetapi Pahang ini bila lagi. Sedihnya aku bila balik negeri sendiri, negeri macam baru lepas berperang dengan Siam. Kuantan dah macam bandar mati. Apatah lagi Bentong huhuhu. Tok Nan oo tok. Bila lagi kita nak mencapai negeri maju ni tok. Cepat cepatlah bekerja tok.

2 comments:

Hariz Hussein said...

salam saudara..
minta izin link kn post ini ke blog saya...
penulisan yang mantap dan baik sekali..
harap dpt diberi tunjuk ajar...
saya telah memasukkn blog saudara dlm blog pilihan saya..
harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

hariz hussein
blogger sesat jalan bertanya

Jeepers Creepers said...

Hariz: insyaallah saya akan promotekan blog saudara