IPOH 29 Sept. – Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak diarah menyediakan laporan segera berhubung dakwaan penduduk di Rungkup, Bagan Datoh yang terpaksa membayar cukai walaupun tanah mereka telah ditenggelami air laut.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sekiranya dakwaan itu benar, adalah tidak wajar sama sekali untuk mereka terus membayar cukai tanah kerana tanah tersebut dianggap sudah hilang dan dengan sendirinya kembali kepada kerajaan.
“Saya sudah ambil perhatian terhadap perkara itu dan saya hendak Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak maklumkan kepada saya dengan kadar segera kenapa masalah begini berlarutan masih bertahun-tahun.
“Kenapa mereka perlu membayar cukai tanah lagi sedangkan tanah sudah tidak ada dan bukan lagi menjadi milik mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sumbangan Rayuan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia
Inilah masalah yang menghantui Pejabat Daerah dan Tanah disetiap negeri. Sebenarnya banyak kelemahan didalam sistem pentadbiran mereka. Makan suap sudah menjadi masalah darah daging sejak dulu.
Sebagai contoh, tidak lama dahulu isu tanah rizab jalan Cameron Highland heboh diperkatakan. Ini kerana pekebun sayur cina telah menceroboh tanah rizab jalan untuk membuka kebun sayur malah membina stor. Apa tindakan pegawai Pejabat Daerah dan Tanah disana? Tiada. Hanya sekadar beri notis tanpa mengambil apa apa tindakan.
Sehinggalah Karam Singh Walia keluarkan didalam Aduan Rakyat dan juga campur tangan Sultan pahang, barulah mereka bertindak. Tetapi sehingga kini tiada khabar berita mengenainya lagi. Begitu juga dengan pencerobohan tanah tinggi oleh pekebun sayur cina. Langsung tiada tindakan diambil.
Tetapi cuba kalau orang melayu buat. Memang terus masuk paper. Tanah sudah menjadi laut sejak bertahun bertahun tetapi orang melayu masih dipaksa membayar cukai tanah. Nampak sangat orang Pejabat Daerah dan Tanah ni langsung tak turun padang melihat keadaan.
Apakah kerja mereka selama ini? Fikir fikirkanlah....
No comments:
Post a Comment