Geng Bas Sekolah

September 17, 2010

Anuar Munafik!

SANDAKAN 16 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sambutan Hari Malaysia bagi meraikan penubuhan Malaysia turut mengingatkan seluruh rakyat terhadap pembohongan besar yang pernah dibuat pembangkang.

Menurutnya, ia harus dijadikan peringatan terhadap realiti perjuangan pembangkang yang tidak ikhlas membantu rakyat berbanding Barisan Nasional (BN).

“Realitinya kerajaan kita tidak membohongi rakyat. Ketua Menteri (Datuk Seri Musa Aman) cakap kita sambut Hari Malaysia, Sabah merdeka dan cuti umum hari ini.

“Tetapi hari ini juga kita memperingati satu hari pembohongan (yang dibuat pembangkang),” katanya ketika berucap pada program Juara Rakyat peringkat negeri Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Bandaran di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, pembohongan pembangkang bahawa 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti dua tahun lalu dan menyertai pembangkang harus dijadikan iktibar oleh seluruh rakyat negara ini.

Selain itu katanya, tindakan pembangkang yang turut mengaitkan Panglima Angkatan Tentera dan Yang di-Pertuan Agong menunjukkan sikap mereka yang sanggup membuat pelbagai helah bagi membohongi rakyat.

“Panglima Angkatan Tentera kawan baik saya, dilantik oleh saya dan setia kepada kerajaan yang dipilih rakyat. Yang di-Pertuan Agong juga tidak tahu menahu perkara itu,” katanya.

Perdana Menteri seterusnya mengingatkan semua rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji dan helah pembangkang sebaliknya memberi kepercayaan kepada BN yang terbukti menunaikan segala janji.

sumber: Utusan malaysia

Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.

2 comments:

Unknown said...

Salam,
Mohon linkkan blog empayar pemuda dalam senarai blog saudara. tq

http://empayar-pemuda.blogspot.com/

Jeepers Creepers said...

ok