Geng Bas Sekolah

August 10, 2010

Peniaga Cina Tamak Haloba

DI Pulau Pinang, peniaga Melayu dikatakan ditindas dan disekat rezeki mereka menjelang bulan Ramadan ekoran penutupan bazar di Komtar.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini pula tampil dengan kenyataan UMNO menjadi parti konservatif kerana menggunakan Islam bagi mendapatkan perhatian rakyat dan untuk bersaing dengan Pas.

Kedua-dua isu ini berkait rapat dengan Melayu dan Islam. Secara kebetulan pula kedua-dua isu ini berkait rapat dengan dua pemimpin besar kaum Cina di negara ini.

Soi Lek adalah pemimpin parti Cina terbesar di negara ini, sementara penutupan bazar Ramadan di Komtar itu pula membabitkan DAP yang juga parti majoritinya kaum Cina.

Kenapa Soi Lek begitu bimbang dengan pendekatan lebih Islamik oleh UMNO untuk menarik sokongan orang Melayu di negara ini? Sebagai sebuah parti yang mewakili kaum Melayu, tidak salah untuk UMNO menjadikan Islam sebagai paksi untuk mendapatkan sokongan.

Ketika MCA gagal membawa orang Cina menyokong Barisan Nasional (BN) dan ketika orang Cina menolak pemimpin BN pada setiap pilihan raya, maka UMNO perlu memastikan orang Melayu kekal bersama parti pemerintah termasuk menggunakan pendekatan yang lebih Islamik.

Apa yang menghairankan, apabila membabitkan isu politik dan sosial, pemimpin kaum Cina di negara ini begitu bimbang dengan pendekatan Islamik rakan mereka.

Tetapi apabila membabitkan ekonomi, melibatkan keuntungan yang berlipat ganda, mereka tanpa segan silu mengambil kesempatan pada musim perayaan orang Islam.

Sebab itu di negara ini, jelas kita lihat orang bukan Islam terutama Cina lebih teruja menyambut ketibaan Hari Raya berbanding orang Islam sendiri. Orang Islam yang sebahagian besarnya Melayu baharu hendak berkira-kira membuat persiapan menyambut Ramadan. Ini termasuk menghitung semula puasa tahun lalu yang masih belum habis diganti.

Tetapi peniaga-peniaga Cina sudah mula meraikan Hari Raya. Kain rentang menyambut Hari Raya yang pelbagai saiz sudah digantung di premis-premis perniagaan mereka. Di pusat-pusat beli-belah milik mereka sudah penuh dengan ucapan Selamat Hari Raya walaupun Ramadan belum lagi tiba.

Jika ke bandar-bandar kecil yang penduduknya 99 peratus Melayu, suasana itu lebih meriah. Tauke-tauke Cina lebih ghairah menyambut Hari Raya daripada Tahun Baru Cina mereka sendiri.

Ini kerana sempena musim Hari Raya keuntungan yang dicatat adalah berkali ganda. Mereka tanpa segan silu mempromosikan jualan sempena Hari Raya tanpa ada sentimen bahawa ia adalah perayaan orang Islam.

Jika mengambil kira pandangan yang diberikan oleh Soi Lek dan layanan oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap peniaga Melayu pada bulan Ramadan, peniaga-peniaga Cina di negara ini sepatutnya tidak perlu ambil peduli akan kehadiran Hari Raya.

Itu perayaan orang Islam. Tidakkah menggantung apa juga kain rentang mengalu-alukan kedatangan hari kebesaran orang Islam di premis milik kaum Cina bertentangan dengan prinsip pemimpin mereka terhadap Islam?

Tetapi orang Melayu Islam di negara ini tidak pernah mempertikaikan semua itu. Sejak sekian lama segala kelengkapan untuk menyambut puasa dan Hari Raya mereka disediakan oleh peniaga-peniaga Cina.

Orang Melayu yang dikatakan perkauman atau rasis tidak kisah apabila peniaga Cina yang awal-awal lagi sudah 'meraikan' Hari Raya.

Orang Melayu cukup bertolak ansur atau cukup toleran termasuk dalam hal yang membabitkan agama mereka sendiri. Mereka tidak kisah keluar masuk kedai Cina bagi membeli persiapan puasa dan raya kerana apa lagi pilihan yang mereka ada.

Bayangkan songkok, kopiah dan telekung yang orang Islam gunakan untuk sembahyang juga dijual oleh orang Cina. Orang Islam pula sikit pun tidak kisah atau ada rasa kurang senang dengan situasi ini.

Tetapi bagi orang Cina, apabila ada parti Melayu yang berteraskan Islam mahu menjadi lebih Islamik bagi menarik lebih ramai penyokong mereka sudah mula melahirkan rasa tidak puas hati. Sedangkan orang Islam di negara ini boleh bertolak ansur dengan kaum lain dalam apa juga urusan harian tanpa ada prasangka.

Kehadiran Ramadan dan diikuti Syawal yang merupakan bulan suci bagi umat Islam memberi manfaat yang cukup banyak kepada bukan Islam terutama Cina di negara ini.

Rezeki Ramadan dan Syawal yang melimpah ruah itu sebahagian besarnya masuk ke kantung peniaga-peniaga Cina.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin parti yang mewakili kaum Cina melihat hal yang berkaitan agama ini secara terbuka. Jika mereka sanggup menjadikan Islam sebagai tunggangan demi kepentingan ekonomi, apa salahnya jika bertolak ansur dalam hal-hal lain.

Sepatutnya isu membabitkan peniaga Melayu Pulau Pinang itu tidak timbul jika semua pihak bertolak ansur. Ini tidak, ketika rezeki Ramadan orang Islam cuba disekat, yang bukan Islam pula sudah mula menghitung keuntungan yang bakal dicipta pada sambutan Hari Raya tahun ini.

Ada pula yang mengambil kesempatan menaikkan harga melampau-lampau hingga menindas orang Islam. Tetapi orang Islam di negara ini tidak pernah bertindak keterlaluan. Mereka tidak pernah memboikot kedai-kedai Cina terbabit. Mereka terima hakikat bahawa ekonomi di negara ini dikuasai kaum Cina.

Maka dalam hal berkaitan agama sekalipun orang Islam tidak kisah jika terpaksa bergantung kepada peniaga Cina.

Kepada pemimpin-pemimpin Cina, lihatlah perkara ini secara terbuka. Jangan mudah melatah apabila pemimpin Melayu bercakap tentang Islam kerana mereka turut mendapat manfaat besar daripada apa juga yang dilakukan oleh orang Melayu dan Islam. Lihatlah bagaimana terbukanya orang Melayu Islam yang dikatakan rasis dan cauvinis.

Tamat Hikayat Malaysia Heaven. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.

2 comments:

Anonymous said...

ari laya cina, taklake malayu meniaga......iaya, kita cina kena niaga lagi, takpala...luit mayak ari-ari ari-laya..hehehehehe

cina bukit

Jeepers Creepers said...

betul betul betul