Aktiviti yang dipercayai di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta sudah dikorek. Dipercayai ia bukan satu-satunya kawasan tanah milik kerajaan yang diceroboh.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang mendedahkan perkara itu bimbang jika kegiatan tersebut tidak dihentikan, tanah di Selangor akan dipenuhi lubang yang sukar dipulihkan.
Mohamad Khir yang membawa sekumpulan pemberita ke tempat kejadian melahirkan perasaan kesal dengan kegiatan itu dan mendesak kerajaan negeri berbuat sesuatu bagi menyelamatkan kawasan rekreasi itu.
Beliau khuatir ekosistem kawasan yang menjadi habitat unggas dan haiwan liar itu akan terganggu dan tapak rekreasi yang menjadi salah satu produk pelancongan di Selangor akan musnah kerana kerakusan kegiatan melombong pasir.
Pihak Semesta
Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang baru dilantik, Suhaimi Shafie mendakwa pihaknya tidak tahu menahu mengenai aktiviti perlombongan pasir di kawasan bersebelahan Paya Indah Wetlands di Dengkil.
Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda berkata, kawasan itu berkemungkinan tanah persendirian dan jika ia milik kerajaan negeri, maka ia mungkin diceroboh dan dilombong secara haram.
"Saya akan memeriksa status tanah itu terlebih dahulu. Jika tanah itu di bawah KSSB sepatutnya terdapat papan tanda di tapak berkenaan yang memaparkan nombor permit dan butiran lain.
Sumber : Utusan Malaysia
Hahaha memang sah Selangor kini dirompak oleh pihak pihak tertentu. Sudah pasti didalangi oleh orang politik Pakatan. Kalau tak, mustahil kerajaan negeri buat tak tahu saja. Kalau dahulu mereka kata orang BN mencuri hasil kekayan bumi Selangor.
Dan kini mereka juga bertabiat sama. Malah turut merompak tanah wakaf dan duit zakat. Pelacuran dan kegiatan jenayah semakin menjadi jadi dibawah tajaan kerajaan Pakatan. Lagi besar syaitan mereka hahahaha.
No comments:
Post a Comment