Dia yang merupakan generasi kelima mendiami kampung yang berusia hampir 100 tahun di tengah-tengah bandar Georgetown itu ternyata buntu fikiran kerana tidak tahu kepada siapa lagi untuk menagih simpati.
"Memang kami berharap sangat kerajaan negeri masuk campur.
"Kalau bukan mereka, siapa lagi yang boleh tolong kami?" katanya.
Keluh-kesah Shima memang ada kebenarannya.
Kerajaan negeri adalah pihak yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung berkenaan.
Ini kerana, mereka boleh campur tangan dengan tidak membenarkan sebarang projek pembangunan di situ jika membabitkan kepentingan awam.
Pemimpin Negeri Paling Zalim Didalam Sejarah Malaysia
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Syed Amerruddin Syed Ahmad memberitahu, kerajaan negeri boleh membatalkannya dan mengisytiharkan tapak kampung itu sebagai zon kampung tradisi.
Apabila telah diwartakan sedemikian, kerajaan negeri berhak mengambil alih kampung terbabit daripada pemaju.
Tindakan tersebut sekali gus dapat menyelamatkan kediaman penduduk kampung daripada menjadi mangsa pembangunan yang ha nya mementingkan keuntungan semata-mata.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna kampung tersebut tidak boleh dibangunkan langsung tetapi perlu dilakukan tanpa menjejaskan bentuk tradisi kampung Melayu.
"Kerajaan negeri ada hak untuk tidak meluluskan projek pembangunan di Kampung Jalan Pokok Asam dan mewartakan sebagai zon kampung tradisi.
"Ini bermakna sebarang bentuk pembangunan perlu mengekalkan ciri-ciri tradisi asal kampung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Rabu lalu, kira-kira 200 penduduk di Kampung Jalan Pokok Asam hampir diusir.
Operasi pengusiran penduduk yang majoriti nelayan sepatutnya dijalankan pada hari tersebut dengan sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah.
Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.
Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat dengan kos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju dari Kuala Lumpur.
Kini sebuah lagi kampung Melayu di kawasan sama bakal mengalami nasib serupa.
Kira-kira 100 buah rumah yang dihuni kira-kira 450 penduduk di Kampung Tengah yang terletak bersebelahan Kampung Jalan Pokok Asam bakal dibangunkan untuk projek komersial oleh sebuah syarikat pemaju lain dalam waktu terdekat.
Menurut Syed Amerruddin, pampasan antara RM70,000 dan RM75,000 yang ditawarkan pemaju kepada penduduk kampung ternyata tidak setimpal jika dibandingkan dengan harga semasa rumah di kawasan berkenaan.
Jelas beliau, dengan wang sebanyak itu, sudah pasti mereka terpaksa berpindah ke tempat lain kerana harga semasa rumah di kawasan sekitar melebihi RM100,000.
Katanya, semasa Pulau Pinang di bawah pen tadbiran Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri akan memastikan pemaju mendirikan rumah un tuk menggantikan kediaman setiap penduduk kampung yang terlibat dengan projek pembangunan.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memastikan kebajikan penduduk dijaga sehingga rumah baru mereka siap.
"Sebelum rumah ganti siap, penduduk kampung akan diberi bantuan kewangan untuk menyewa rumah lain atau didirikan rumah transit.
"Kos untuk pemindahan pun kerajaan negeri bantu," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau melihat kerajaan negeri sekarang seolah-olah tidak peduli dengan nasib kampung-kampung Melayu terbabit.
Beliau menambah, campur tangan pemimpin kerajaan negeri merupakan salah satu cara penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan kampung-kampung ini seterusnya membela nasib orang Melayu.
Sumber : Utusan Melayu
Nak kerajaan negeri bantu? Kerajaan negeri mana? Nak suruh Maharaja Guan Eng bantu? Memang dia tengah membantu kamu semuapun. Bantu kamu keluar dari P.Pinang.
Heyyy itupun masih tak sedar lagi ke? Masih tak nampak lagi permainan maharaja Guan Eng? Nak suruh pemimpin kerajaan negeri campur tangan. Mereka pakai kaki tendang kamu semua keluar tahu tak!
Sekarang tanggunglah sendiri bala sebab sokong peliwat dulu. Rasakan kezaliman pemerintahan maharaja Guan Eng. Dulu kamu semua cakap Mahathir itu zalim sedangkan beliau tidak sesekali menganiaya orang. Dan sekarang kamu semua fikirlah siapa yang zalim.
Nabil cakap "Lu pikirlah sendiri
3 comments:
SOKONG 101%....orang melayu cakap BN/UMNO zalim. Zalim sampai orang melayu duk mcm dlm "reban ayam" kat Kelante tu...orang melayu semua naik basikal kaum lain naik keta. Uhhh sungguh zalim, ini bukan zaman 40an, 50an...kalau nak cakap boleh laa...ini dah kat 60 tahun dah orang melayu byk yg bijak pandai boleh singkat otak nak berfikir panjang. Agaknya darah muda kot mengelumang dgn syaitan amarah sebab tu boleh jadik mcm ni. Orang suh p belajar, tak mau form 3 dgn form 5 dah gatai kaki nak p kerja kilang. Ishkk betul betul laa kesian tengok tapi nasi dah jadi bubur kalau kita byk cakap kata UMNO baguih depa kata haram jadah zalim, peragut harta benda..sekrang, apa sudah jadi daaaa...cakap pun tak guna, nak menangis ayaq mata darah pun buang masa ja baik p derma darah lagi baguih.
SYABAS buat mereka yg memangkah dan menyokong PAKATAN HARAM..nak rasa sangat..ambillah penangan DAP...hip hip hoooray....
Harap maaf nooo nampak kasag bahasa tapi inilah akibat kalau mudah percaya janji janji kosong pembangkang, bila time orang melayu dok merana tunggu masa nak angkat beg keluaq mana ada puak puak pemuda pakatan haram? semua dok tidoq makan free ja, harap uniform ja cantik p mesyuarat, tee shirt free, makan free..cakap kat kedai kopi mcm mercun pom pang pon pang punya kutuk umno celaka boleh laa...nak berdiri sama membela kaum melayu..ehmmm jgn harap bukan kata batang hidup taik hidung pun tarak sebab PAKATAN punya agenda so tarak boleh kacau. Cuba kes ni UMNO/BN, tidur atas jalan sanggup, tunjuk muka baik mcm hero.
betul orang melayu ramai yang bodoh.sebab tu jadi macam ni.
Nak mintak tolon degan hero tidok depan kereta sultan pegang bendera plastein.Tolon selesaikan...Takebeer....
Post a Comment