Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini kementerian masih belum boleh mengesahkan sama ada kematian itu berpunca daripada bakteria ataupun virus berbahaya.
"Kementerian Kesihatan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius kerana ia meragut enam nyawa dalam masa enam hari.
"Setakat ini, kami mengklasifikasikannya sebagai bakteria dan pakar perubatan akan menentukan sama ada ia merupakan bakteria ataupun virus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana Jom Ganyang Aedes di Taman Kajang Mewah di sini hari ini.
Pada 26 Jun lalu, sejenis virus yang dikatakan terdapat di lokasi mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu dipercayai menjadi punca kepada kematian enam orang selepas mereka terlibat dalam operasi menyelamat di pusat perkelahan itu.
Mangsa
MARAN 10 Julai - Kesemua mangsa yang meninggal dunia selepas terlibat dalam operasi menyelamat di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang mengalami simptom yang sama iaitu demam, batuk, pening kepala, muntah, cirit-birit, sakit tulang sendi dan sesak nafas.
Ho Hok Kee, 60, bapa kepada Timothy Hoo Seng Heng, 29, salah seorang daripada mangsa, berkata, anaknya yang bekerja sebagai pekebun meninggal dunia kelmarin selepas mengalami simptom-simptom itu.
"Anak saya tidak selera makan dan kakinya lumpuh hingga dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Jengka sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh kerana sesak nafas.
"Malangnya, dia meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di sana," ujarnya yang dalam keadaan sedih.
Sementara itu seorang lagi mangsa, Zainal Abidin Ismail, 56, turut mengalami situasi sama selepas mengunjungi pusat perkelahan berkenaan untuk menolong mencari mangsa yang lemas itu.
Menurut isterinya, Zaharah Mohamad, 52, arwah mengalami simptom sama seperti mangsa lain.
"Saya kemudian membawa arwah ke Hospital Jengka sebelum dia ditahan dengan menerima dua botol air ke dalam badan kerana mengadu sakit sendi serta pening.
"Dia kemudian meminta saya untuk menghantarnya berubat cara kampung. Bagaimanapun arwah meninggal dunia di Rawang selepas mengadu sesak nafas iaitu pada Selasa lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Zakaria Ayub, 52, turut mengalami simptom yang sama selepas membantu mangsa lemas terbabit.
Menurut anak mangsa, Mohd. Zaidi, 28, arwah bapanya berada di lokasi kejadian lemas itu pada tiga hari pertama operasi sebelum demam dengan mengadu rasa amat sejuk walaupun suhu badan panas.
"Arwah ada beritahu sakit badan selain sejuk dan kami menghantarnya ke klinik swasta di Bandar Tun Razak Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Jengka.
"Pada 3 Julai lalu kira-kira pukul 2 petang, arwah dihantar ke Hoshas dan difahamkan mengalami tekanan darah rendah," katanya.
Katanya, arwah kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menghembuskan nafas terakhir pukul 10.40 malam.
Pada hari yang sama, bapa kepada mangsa lemas, Azizam Abdullah, 58, turut menghembuskan nafas terakhir dipercayai terkena penyakit yang sama.
Menurut isteri mangsa, Fatimah Saad, 55, arwah mengalami demam sebelum ditahan di wad Hospital Jengka.
"Bagaimanapun arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hoshas untuk menerima rawatan lanjut di sana," katanya.
Sementara itu, Tan King Hua, 29, anak kepada Lim Sin Lai, 55, menyatakan dia tidak terkilan bapanya meninggal dunia kerana cuba mencari dan menyelamat mangsa lemas.
"Bapa selalu tolong orang dan apabila peristiwa ini berlaku saya tidak menyesal. Ada orang cakap ada hantu di situ dan mungkin dia diganggu, tetapi doktor memberitahu saya dia meninggal dunia kerana terkena jangkitan virus," ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia
3 comments:
PERGHH BAHAYE2!..APA PUN LANGKAH MENUTUP KAWASAN TERSEBUT ADALAH TEPAT SEBELUM MEMBAHAYAKAN NYAWA ORG LAIN. KENCING TIKUS MMG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN TP KENCING AL JUBOREE & SI WALLY LG TERUK!. BLH MEYEBABKAN MANUSIA MATI SESAT!
jeffry: betul tu. memang elok tempat merbahaya ditutup.tetapi semuanya bergantung kepada kesedaran masyarakat juga. kalau dilarang tetapi itulah yang mahu dibuat.
sokong nik aziz, lim guan eng dan anuar ibrahim dibenam kedalam lubuk tu.
hahaha...
Post a Comment