Geng Bas Sekolah

July 6, 2010

Kewajaran Pelajar Asing Mendapat PR ?

PUTRAJAYA 5 Julai - Kerajaan sedang mengkaji untuk menawarkan pemberian status pemastautin tetap (PR) kepada pelajar luar negara yang ditawarkan biasiswa oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai tarikan untuk terus kekal berkhidmat dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu membolehkan kepakaran pelajar-pelajar tersebut diterjemahkan untuk pembangunan negara dalam pelbagai bidang sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Bagaimanapun, kata beliau, cadangan pemberian taraf PR itu hanya akan diberikan kepada sebahagian pelajar yang ditaja sahaja.

"Selain pemberian PR, pelajar-pelajar ini juga akan ditawarkan menjadi penyelidik dalam usaha untuk mengekalkan mereka yang kebanyakan sedang melakukan penyelidikan dalam bidang masing-masing.

"Usaha ini bertepatan pada era zaman gobal kini yang mementingkan ilmu dan pemikiran sebagai penyumbang pembangunan ekonomi negara kerana semua orang boleh bekerja di mana-mana sekarang," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Satu cadangan yang kelihatan baik tetapi adakah ianya akan memberi kesan untuk jangka panjang? Pemberian status PR kepada warga asing sepatutnya diperketatkan. Setelah lebih 50 tahun merdeka, kita seolah terlupa bahawa untuk mendapatkan status warganegara, ianya adalah sesuatu yang esklusif. Sebenarnya taraf warganegara adalah sesuatu yang amat berharga.

Kalau kita lihat sekarang, status pendatang asing yang mendapat PR adalah begitu ramai.

Untuk pengetahuan, pada asalnya mereka yang mendapat status PR adalah mereka dari golongan profesional. Tetapi kini kalau dilihat, mereka yang bekerja sebagai buruh, pembantu rumah danpekerja kilang juga sekarang begitu mudah mendapat status PR.

Dimana silapnya pemberian status PR ini? Antara sebab yang paling mudah difikir adalah rasuah dan tiada penguatkuasaan undang undang.

Jika dahulu datuk nenek kita menentang Malayan Union kerana antara prinsip Malayan Union adalah Jus Soli. Datuk nenek kita menentang kerana mereka tahu dengan Jus Soli, warga asing akan dapat menguasai negara ini.

Tetapi malangnya pada hari ini, kita telah membuka pintu seluas luasnya untuk warga asing masuk dan secara tak langsung mula menjajah tanahair kita ini. Malah mereka menjadi tuan dan memerintah penduduk tempatan!

Rujukan : Kita Kuli (klik sini)

Disaat parti politik saling bercakaran sesama sendiri, berjuta warga asing menyusup masuk kedalam negara dan membina koloni dan empayar mereka. Disaat Nik aziz mengeluarkan fatwa syirik, Anuar Ibrahim menyembah yahudi dan pemimpin UMNO bertikam sesama sendiri, warga asing terus menguasai sektor pekerjaan, jalanan dan taman taman perumahan.

Itu belum dicampur lagi dengan kejahatan puak DAPig yang sentiasa mahu meruntuhkan negara Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai Singapork Baru.

Kerajaan harus memikirkan rasional pemberian PR kepada warga asing. dan perketatkan prosedur serta jalankan serbuan dan tangkapan lebih kerapa kepada warga asing. Jangan biarkan mereka bermaharajalela dinegara ini.

5 comments:

Anonymous said...

langkah memberi PR kepada "org luar" ini lebih banyak manfaat (kebanyakannya yg TERSIRAT) drpd keburukan. Cuma yg diharapkan agar kerajaan dapat memperbanyakkan peluang2 pekerjaan kepada belia2 dan graduan2 tempatan juga... xda masalah sebenarnya,hendak menuju ke arah negara maju perlu dlonggarkan taraf pr mcm spore,uk

Megat Alam Gempita said...

Heran aku dengan pak-pak menteri sekarang nih, kita bermati-matian mempertahankan Melayu dan Islam tapi depa memperjudikan hak Melayu-Islam. Samada UMNO, PAS dan PKR semuanya berbalah untuk tunjuk siapa hero dan nak pulun kuasa tak sedar kepentingan bangsa dan agama digadaikan. Yang untung adalah para harbi pencacai dalam DAP,PKR MCA,MIC, Gerakan... yang tak habis-habis menyerang kepentingan bangsa melayu. Nak tunggu bala bencana datang baru nak insaf kot?

Anonymous said...

Dengan pemberian status PR kepada pelajar asing secara tidak langsung kita telah membuka satu lagi ruang untuk memusnahkan bangsa kita bangsa melayu.Tidak cukup kah kesilapan kita dahulu dengan memberi kerakyatan kepada bangsa pendatang sehingga sekarang mereka memijak kita seolah-olah negara ini milik mereka.Tidak cukupkan lagi kita melihat bangsa melayu di pinggirkan oleh bangsa pendatang.Seharusnya penajaan pelajar asing juga harus dihentikan kerana masih banyak rakyat kita yang berkebolehan yang memerlukan penaja tetapi tidak dihiraukan.Tidak perlu terlalu berbaik hati sehingga bangsa sendiri tergadai.Masih banyak lagi cara boleh kita buat untuk memajukan negara kita tetapi hairan kenapa idea memberi PR kepada warga asing pula boleh terfikir oleh cerdik pandai negara kita.Kita masih boleh membangun dengan anak jati negara kita sendiri dengan berpegang prinsip MALAYSIA BOLEH.Mohon yang berkenaan lupakan lah idea memberi PR kepada pelajar asing dan tumpukan perhatian bagaimana boleh kita menjana tenaga tempatan demi kemakmuran dan pembangunan negara kita sendiri.Usah bermimpi pemberian PR kepada warga asing akan membuat mereka taat kepada negara ini.Hayatilah sejarah dan pelajari lah ia bagaimana bangsa asing tetap tidak akan setia kepada negara lain selain negaranya sendiri.Mereka hanya mengaut keuntungan dan dihantar pulang kenegara asal mereka.Seburuk-buruk bangsa kita ianya tetap bangsa kita.Hentikan penajaan pelajar asing dan lupakan hasrat pemberian PR kepada pelajar asing demi masa depan bangsa dan negara. -ASP-Z-

Jeepers Creepers said...

media : Ya memang ianya boleh mendatangkan kebaikan tetapi kalau tanpa pengawasan dan tapisan ketat, hanya mendatangkan keburukan.

megat : biasalah orang melayu memang suka berkelahi sesama sendiri. kalau berhadapan bangsa lain semua jadi kecut.

Anon : aku setuju dengan pendapat itu. biarlah susah senang kita, kita tetap dengan bangsa kita. tak perlu diberi muka pada warga lain kerana mereka bukanlah setia kepada negara ini.

Anonymous said...

Aduhhh siapa lah cadangkan perkara perkara yang membawa bala kat negara kita ni? Tidak kah mereka tahu dari sini lah akan menyebar fahaman shiah dan wahabi sebab ideology pelajar luar ni bukan bolih tentu sangat. Tidak kah kita belajar dari insiden dan kesilapan dan juga penyakit pelajar luar contoh nya yang datang dari Afrika yang menyamar jadi pelajar akan tetapi datang sini dan membuat banyak angkara angkara yang tidak masuk akal. Siapa lah pak menteri yang mencadangkan ni? Jangan lah duduk didalam kabinet kalau akal macam budak lulusan tadika PASTI.

DS Najib tak perlu layan lah isu sebegini sebab negara luar pun bukan senang nak beri PR pada rakyat Malaysia, jadi kita tidak seharus nya teliti langsung perkara yang berbangkit sebegini.