Geng Bas Sekolah

July 15, 2010

Kerajaan PKR Selangor Amal Rasuah - Halang SPRM Buat Siasatan

KUALA LUMPUR 14 Julai - Kerajaan negeri Selangor didakwa sengaja menguji kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila enggan memberi kerjasama setiap kali diminta membantu suruhanjaya itu menyiasat kes penyelewengan dan salah guna kuasa.

Malah, SPRM yakin pihaknya sukar untuk mendapat kerjasama kerajaan negeri itu untuk menyiasat isu terbaru yang berlaku membabitkan perlombongan pasir tidak terkawal di Bukit Changgang di Dengkil.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull ketika diminta mengulas mengenai isu terbabit, meluahkan rasa kecewa kerana pihaknya selama ini tidak mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri untuk menyiasat apa-apa kes yang berlaku di negeri itu.

"Mereka (Kerajaan Selangor) hanya pandai memburuk-burukkan SPRM kononnya suruhanjaya ini berpakat dengan segelintir pihak dan mempunyai aspirasi tertentu untuk menjatuhkan mereka.

Sumber: Utusan Malaysia

Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan Pakatan Selangor ada terlibat dengan rasuah. Kalau tak, mengapa takut membenarkan SPRM membuat siasatan. Tambahan dengan rompakan pasir di Selangor semakin menjadi jadi. Sudah pasti ada orang politik yang menjadi dalang rompakan ini.

Wahai khalid gap gap gap. Berani kerana benar bro! Apa lu takut ke!

No comments: