Geng Bas Sekolah

July 21, 2010

Kalau Mahu Islam Sokonglah UMNO

Selama ini PAS sering mendabik dada bahawa mereka;ah satu satunya umat islam. Mereka memandang rendah kepada umat islam lain diseluruh dunia kerana tidak berkiblatkan parti PAS. Dan sekarang sudah nyata PAS semakin sesat lagi menyesatkan apabila tidak lagi meletakkan islam sebagai asas perjuangan sebaliknya meletakkan nik aziz sebagai tunjang PAS.

  • Parti PAS sering mengkafirkan umat islam lain kerana tidak menyokong PAS sedangkan PAS cuma sebuah parti politik di Malaysia. Tapi apahal mereka kafirkan semua umat islam diseluruh dunia? Alasan mereka ialah mereka bukan ahli PAS!
  • PAS mengamalkan asobiyah. Rasa taksub keterlaluan pada parti melebihi agama islam dan meletakkan nik aziz ditempat yang tidak sepatutnya.
  • PAS juga menolak perpaduan umat islam sebaliknya lebih senang bersama kaum kafir memerangi umat islam.
  • PAS sekarang sudah mengamalkan politik 3 suku apabila MB Kedah, ustaz Azizan mengatakan “Eloklah masing-masing menjaga skop kerja masing-masing. Biarlah orang politik bertelagah sesama mereka dalam isu-isu semasa, manakala mufti hanya memfokuskan kepada isu-isu agama. Bak kata pepatah, gajah sama gajah bergaduh, jangan pelanduk mati tersepit di tengah-tengah,”
  • PAS rakus mengaut keuntungan dunia dengan menebang balak dan mengorek pasir sedangkan rakyat dibiarkan hidup miskin melarat.
  • PAS juga adalah parti kufur kerana bersetuju supaya nama Allah s.w.t digunakan oleh pihak kristian didalam menyebarkan dakyah kristian.
  • PAS mengamalkan doa memburukkan dan menghancurkan umat islam lain sedangkan perbuatan sedemikian dilarang oleh Rasullullah s.a.w
  • PAS sering mengeluarkan fatwa yang mengarut lagi menyesatkan apabila mengatakan "tuhan juga mencarut", "sokong pas masuk syurga", "bekerjasama dengan parti kafir adalah haram sedangkan kini mereka adalah sama malah lebih teruk kerana bersama parti yang anti islam"
  • PAS juga kini bersahabat dengan rejim zionis apabila bersama sama dan menyokong usaha Anuar Ibrahim untuk berkuasa di Malaysia. Sedang sudah jelas Anuar Ibrahim adalah ejen yahudi zionis!

Begitu banyak dosa PAS kepada umat islam di Malaysia ini. Kalau anda mahukan islam maka sokonglah UMNO. Sedangkan PAS hanyalah sebuah parti politik asobiyah yang bertopengkan agama semata mata mengaburi mata umat islam.

No comments: