Geng Bas Sekolah

May 14, 2010

Al Fatihah - Ashaari Muhammad meninggal dunia

IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan oleh kerajaan, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital itu akibat jangkitan paru-paru.



Allahyarham yang berusia 73 tahun merupakan Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.10 petang. Hampir 200 orang hadir di rumah tamu tersebut sebelum jenazah Allahyarham dibawa dengan sebuah kenderaan untuk dikebumikan di Kampung Pilin di Rembau, Negeri Sembilan.

Allahyarham mengasaskan Al-Arqam pada tahun 1968 bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli, sebelum ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994. Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 September 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah mempunyai kira-kira 10,000 pengikut yang menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.

Sumber: Utusan Malaysia

Walau apapun sejarah silam allahyarham, sebagai saudara seagama kita tetap dituntut supaya mendoakan kesejahteraan allahyarham. Bagi aku, kalaulah Al-Arqam tidak terpesong dari ajaran islam sebenar, maka ianya akan menjadi pertubuhan yang lebih baik dari parti PAS.

Aku sokong idea dan konsep beliau didalam usaha menyatukan orang islam ketika itu dengan cara berdakwah dan membina ekonomi islam. Hanya dengan kemajuan ekonomilah umat islam akan dapat berjaya dan maju.

Berlainan dengan sikap PAS. Hanya tahu bercakap mengenai negara islam tetapi langkah langkah untuk menjadi negara islam langsung tak ada. Hanya tahu negara islam ada hukum hudud. Benda lain seperti ekonomi, pelajaran dan lain lain habuk pun takde.



Lepas tu sibuk hina dan memfitnah orang lain. Kalau beginilah perangai dan pemikiran orang PAS, sampai ke akhir zamanpun impian PAS untuk negara islam hanya tinggal angan angan. Nik Aziz perlu belajar dari Al Arqam bagaimana untuk menyatukan umat islam terlebih dahulu sebelum berbaik baik dengan kafir DAP. Kalau umat islampun Nik Aziz tak dapat satukan, bagaimana dapat menubuhkan negara islam. Takkan pula dengan bantuan orang kafir?

3 comments:

Anonymous said...

Salam.

Al Fatihah buat Abuya. Dlm perspektif tertentu kita harus mengenangi usaha beliau utk menaikkan ekonomi orang Islam. Disebalik pertubuhan yg diharamkan beliau berjaya memupuk dan mengumpul kelompok ekonomi islam yg sepatutnya disokong penuh. Pernah satu ketika dulu ketika menghadhiri Pesta Konvo di ITM (UiTM) terdapat beberapa gerai Al Arqam yg menjual berbagai barangan termasuk 'mee kuning' yg berlabelkan pertubuhan tersebut. Berebut-rebut mereka membeli barangan yg dijual yg pasti dan yakin halal. Saya terfikir alangkah elok jika usaha ini deperbesarkan supaya semua penduduk islam dinegara ini boleh dapat menfaat...dan akhirnya boleh membentuk satu kuasa ekonomi dan politik yg kuat dinegara ini. tapi sayang, pertubuhan tersebut telah terpesong.
Didalam soal jawab dgn beberapa orang kanan kumpulan tersebut yg disiarkan "live" oleh RTM saya berasa amat sedih dan pilu melihat mereka bercucur air mata memberi pengakuan tentang tersasarnya matlamat organisasi mereka. Akibat dari kejadian ini yg punah adalah islam juga.

Semuga Allah menempatkan roh Allahyarham Abuya bersama dgn orang-orang yg beriman...Amin yrbalamin

Yb Raz said...

betul tu..ada yang kata amalan yang dibawa beliau bercanggah dengan alsunnahwaljamaah tetapi cuba lihat sudut pandangan lain pula.

pertubuhan al arqam adalah yang terawal memperkenalkan ekonomi orang islam. maksudnya orang islam perlu menguasai ekonomi sekiranya mahu berjaya.

mereka banyak menjalankan perniagaan makanan,penerbitan dan produk produk lain.

kerajaan sekarang juga harus berbuat perkara yang sama. orang islam harus digalakkan mengeluarkan produk sendiri. maka jika ini berterusan maka akhirnya orang islam akan dapat membebaskan diri dari monopoli perniagaan orang bukan islam.

harus diingat, kuasa membeli orang islam adalah sangat besar terutama melibatkan produk halal.

Anonymous said...

AlFatihah..tetapi sebagai seorang islam juga kita disarankan bukan sahaja berbaik2 dgn saudara seagama, malahan juga org kafir kerana Allah x suka hamba2nya bermusuhan sesama sendiri, dengki mendengki, kerana ia hanya membawa kerugian.. siapa tahu suatu hari nanti "Si Kafir" itu menerima hidayah ALLAh utk terima ISLAm? dan mungkin dia lebih baik dari saudara..