KUCHING 12 Mei - Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan supaya penggunaan senjata api jenis sub mesingan di tempat awam oleh polis ditarik balik.
Wan Junaidi yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, senjata itu tidak sepatutnya digunakan kerana Malaysia masih merupakan sebuah negara yang aman dan selamat.
Beliau sebaliknya berkata, penggunaan senjata itu di tempat awam oleh polis seolah-olah menunjukkan Malaysia sebuah negara yang masih berperang.
''Justeru, polis dan Kementerian Dalam Negeri seharusnya menarik balik penggunaan senjata jenis sub mesingan ini di tempat awam seperti di jalan raya, bandar dan lapangan terbang kerana ia menggerunkan dan menakutkan.
Sumber: Utusan Malaysia
Itu pandangan dia. Pandangan aku pula, tak salah kalau nak dibawa semasa merondapun. Malah kalau boleh bawa sekali semua senjata yang ada. Macam styer, pelancar roket malah kereta kebalpun boleh.
Buat apa nak takut dengan senjata begitu. Ajal maut ditangan tuhan. Tak semestinya akan mati dimuncung senjata itu. Malah kadar kematian akibat kemalangan jalanraya paling tinggi didalam negara ini. Mengapa tak haramkan terus kenderaan bermotor? Kan elok diharamkan. Takdelah rakyat peduli lagi dengan isu kenaikan harga minyak.
Gerun dan menakutkan? Di Iraq dan Afganistan lagi mengerunkan. Silap keluar terus kena bom. Rakyat Malaysia sekarang terlalu manja. Semuanya naik lemak sekarang. Malah sekarang pembangkang dan segelintir rakyat sudah berani memaki hamun sultan.
Adakah keamanan negara ini telah melemahkan dan membutakan hati sesetengah pihak. Dan keamanan negara ini melekakan rakyat sehingga membazirkan wang ringgit untuk hidup mewah melampau?
Kalau beginilah cara hidup rakyat Malaysia, aku percaya mereka akan merasa sengsara semasa negara ini berhadapan krisis nanti. Iyalah orang dah biasa hidup senang. Bila susah sekali, mulalah mengelupur tak biasa.
Aku tetap sokong penggunaan Sub Mesingan dikalangan peronda polis. Aku merasa selamat sekiranya mereka dikawasan sekeliling. Kejadian polis tertembak orang adalah kes terpencil. Bukannya setiap hari polis menembak orang awam dengan sengaja.
Cuma pihak polis perlu mempertingkatkan kemahiran penggunaan senjata terbabit dan menkaji aspek aspek keselamatan sekarang. Rakyat Malaysia perlu didedahkan bahawa keamanan negara ini bukanlah abadi. Malah sejarah dunia sendiri menunjukkan tiada sebuahpun tamadun yang kekal.
Dengan perbuatan biadap pembangkang dan segelintir rakyat Malaysia sekarang, tak mustahil Malaysia akan terjerumus didalam kancah pertelingkahan seperti tragedi 13 mei.
3 comments:
Nampaknya aku terpaksa akur dengan hujjah pemilik blog. Apakah kerana satu dua kes yang terpencil maka dasar sessuatu perkara itu mesti dirungkai dan diubah?
Aku cadangkan masa ceramah pembangkang, supaya polis bawa semua senjata berat semasa buat kawalan.
Cegah sebelum parah !
ntah hape2 la cdgn presiden PBPM tu. xkn la pOlis nk pki pistOl je ketika merOnda??? kalO pOlis berhadapan dgn rOmpakan senjata api. mana yg lbh efisyen sub mesingan @ pistOl??? ke pOlis xleh menembak langsung takut nti tersalah tembak lg???
antijk: melampau sungguh ler kalau ceramah pembangkang polis kena bawa semua senjata berat. Baik pakai askar je kawal hahaha.
gangsta papa:betul tu. lagipun polis peronda yang bawa sub mesingun pun bukanlah semua.polispun tahu kalau perompak pakai pisau atau helmet je, takkan nak tembak terus dengan mesingun. hancur ler badan mamat tu.
Post a Comment