Geng Bas Sekolah

April 6, 2010

Karpal Sudah Nyanyuk?

KUALA LUMPUR 5 April - Tindakan Karpal Singh bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia, merupakan tindakan biadab dan kurang ajar. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, soalan itu seolah-olah tidak menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan itu adalah biadab dan mempunyai niat jahat di sebaliknya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar dan kini Perdana Menteri pula.

"Dia jelas mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan dia oleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mempertikaikan Perlembagaan,'' kata Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis meraikan petugas Mesyuarat Agung Perkasa, di sini hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai bilakah warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1Malaysia.

Sumber : Utusan Malaysia

Orang melayu kini terus terusan diserang dan dihina oleh bangsa asing. Terbaru, pertanyaan Karpal jelas menunjukkan mereka mahukan hak kaum bumiputera turut diserahkan kepada mereka. Mereka mahu terus menggali kekayaan negara dan mahu menjajah negara ini. Seterusnya menyingkirkan golongan bumiputera dari negara ini.

Sikap mereka tak ubah seperti yahudi yang masuk menumpang ke Palestin dan kemudiannya menjajah dari dalam. Menghalau dan menidakkan hak rakyat Palestin ke atas negara mereka sendiri.

Sudah tiba masanya akta ISA digunapakai untuk menghalang sebarang tindakan provokasi keatas kaum bumiputera. Tindakan biadap mereka hanya akan membawa keburukkan kepada negara. Mereka sengaja menimbulkan suasana tidak aman dikalangan rakyat dan berniat jahat melaga lagakan rakyat berbilang kaum dinegara ini.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,masalahnya beranike?nak jd macampak lah yg takde telor gak ke?melayu,melayu

Jeepers Creepers said...

betul betul betul