Geng Bas Sekolah

April 30, 2010

Allahuakbar! Nik Aziz Pemecah Ummah

KLANG 29 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri itu.

Titah baginda, jika ingin datang ke Selangor, mereka perlu mematuhi dan menghormati segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.

‘‘Rakyat harus maklum beta tidak menghalang rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki.

“Bagaimanapun mereka hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang di sini dan tidak mempertikaikannya kerana ia diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini,” titah baginda.

Sumber:Utusan Malaysia

Daulat Tuanku!

Alhamdullilah Sultan Selangor bertegas dengan ahli politik songsang seperti puak PAS. Sememangnya benar puak ini jangan diberi muka. Selama ini mereka hanya memperalatkan agama islam untuk kepentingan politik peribadi.

Selepas ini Nik Aziz tak payahlah sibuk sibuk nak bising. Kalau tak suka, lebih baik duduk saja di Kelantan. Malah Sultan Kelantan sendiripun menyampah dengan Nik Aziz. Hanya tunggu masa nak singkirkan Nik Aziz.

Selama pentadbiran Nik Aziz, umat islam dilemahkan dengan pelbagai fitnah. Umat islam diajar dan ditarbiah oleh Nik Aziz supaya berpecah belah dan bermusuhan sesama sendiri. Mengajar masyarakat supaya mengkafirkan umat islam lain termasuk diseluruh dunia kerana tidak menyokong PAS. Nik Aziz mengajar bahawa islam itu PAS. Kalau tolak PAS maka mereka menolak islam.

Lepas ni kalau nak ceramah juga, Nik Aziz gunakan jelah gereja atau kuil. Lagipun kan Nik Aziz cakap orang kristian boleh gunakan nama Allah s.w.t didalam konsep triniti mereka. Alah PAS For ALL.

No comments: