Geng Bas Sekolah

March 3, 2010

PKR Hancur

12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat tampil menyatakan komitmen mereka untuk terus mendokong perjuangan parti.Tindakan itu sekaligus menafikan momokan kononnya lebih ramai ahli parlimen PKR akan meninggalkan parti itu. *Anuar blog*

Itu cerita dipihak mereka. Tetapi sebenarnya semua ini hanya omongan. Sudah ramai yang tidak percaya kepada Anuar dan perjuangan PKR. PKR bakal dilupakan orang sepertimana dengan parti S46 dahulu.

Apabila parti ditubuhkan semata mata untuk menjaga isi perut seseorang pemimpin, maka parti itu tidak akan bertahan lama. Cuma PKR ini bernasib baik sedikit daripada parti sosalis atau kepala lembu. Iyelah sapa nak sokong parti kepala lembu. Nanti dichop bodoh macam lembu. Syed Husin Ali sekarangpun dah sibuk sokong Anuar.

Semakin dekat Anuar ke pintu penjara, semakin berterabur hala tuju PKR. Insyaallah PKR akan rakyat Malaysia kuburkan. Dan selepas itu DAP serta PAS pula akan rakyat Malaysia kuburkan.

Aktivis Reformasi sekarang ni tengah minta pengikut PKR mengadakan demostrasi bantahan terhadap ahli parlimen yang melompat parti dan menyatakan sokongan PADU terhadap Anuar Ibrahim.
(klik sini)

Sampai kesitu sekali takutnya Anuar terhadap ahli MPnya yang keluar parti. Itulah bro. Lain kali keluar penjara buatlah perangai elok. Bertaubat macam kata Karpal Singh. Ini keluar penjara, dok ulang perangai lama, siapa tak menyampah.

Eloklah rakyat naikkan kau, dan sekarang rakyat jatuhkan kau. Inikan pemerintahan rakyat sepertimana cadangan kau sendiri.

5 comments:

10 BUDAK HITAM said...

Salam Sdr,

Parti Keadilan Rakyat semakin menuju kehancuran.Satu demi satu dilihat keluar dari parti pakatan rakyat ini.

Apakah signifikan nya pada Pakatan Rakyat di Perak? Barangkali isu yg menghimpit komponen PR ini ada hikmahnya pada PAS di Perak.

Nizar dilihat akan gunakan Sidang DUN Perak akan datang sebagai dalang ganti untuk mengaburi pandangan rakyat terhadap kepincangan PR.

Lihatlah nanti,segala wayang kulit, undang-undang rimba, pelakon terbaik anugerah skrin dan berbagai lagi bakal menggegarkan sidang dun perak 30 Mac!


-------------------------------

10Sibudak Hitam Akan Terjah, Bongkar Dan Kerjakan !

10 BUDAK HITAM said...

Salam Sdr,

Parti Keadilan Rakyat semakin menuju kehancuran.Satu demi satu dilihat keluar dari parti pakatan rakyat ini.

Apakah signifikan nya pada Pakatan Rakyat di Perak? Barangkali isu yg menghimpit komponen PR ini ada hikmahnya pada PAS di Perak.

Nizar dilihat akan gunakan Sidang DUN Perak akan datang sebagai dalang ganti untuk mengaburi pandangan rakyat terhadap kepincangan PR.

Lihatlah nanti,segala wayang kulit, undang-undang rimba, pelakon terbaik anugerah skrin dan berbagai lagi bakal menggegarkan sidang dun perak 30 Mac!


-------------------------------

10Sibudak Hitam Akan Terjah, Bongkar Dan Kerjakan !

YB Raz said...

Nizar dari PAS tetapi tindak tanduknya tak mencerminkan PAS. Nizar kalau dilihat seperti ahli PKR atau DAP. Mungkin Nizar patut keluar parti.

Nizar nak buat kecoh semasa sidang, hanya menunjukkan kerendahan tahap pemikirannya sahaja.

Adalah lebih baik baginya mendiamkan diri dan tumpukan perhatian pada kerja.

Manjung Mari said...

Berita ni teman dengor petang tadi masa teman nak balik ke Manjong dari Ipoh.Kabornya Anwar sendiri akan meninggalkan PKR tak lama lagi dan akan memasuki PPSB* kerana dia pening kepala dan fed-up dgn perangai Wakil2 Rakyat PKR yg asyik cabut lari keluar PKR tu.Anwar dikatakan akan membuat 'Rebranding Exercise' utk menonjolkan imej barunya sebagai seorang yg bersih,warak dan berdisiplin.Untuk itu dia perlu memilih sebuah organisasi yg kukoh,mantap dan digeruni masyarakat.Ciri-ciri tersebut memang ada pada PPSB.Dikabarkan juga bahawa pihak tertinggi PPSB telah pun bersedia untuk menerima kedatangan Anwar pada bila2 masa jua....

*(PPSB: Parti Penjara Sg.Buloh)

YB Raz said...

keh keh keh iya ke.

kalau begitu kan senang. tak payah nak tangguh kes hehehehe