Geng Bas Sekolah

March 4, 2010

Masalah Wanita Kuasai Jawatan?

BIMBANGKAH kaum lelaki apabila menyaksikan sektor perkhidmatan kerajaan sekarang dikuasai oleh wanita? tu persoalan yang timbul apabila Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohd. Zin mendedahkan bahawa sektor itu telah dikuasai oleh golongan wanita.

Reaksi yang diterima daripada kenyataan itu adalah pelbagai, ada yang melenting dan ada yang memandang sinis. Soalnya, mengapa soal gender masih terus dibangkitkan ketika golongan wanita di negara ini telah banyak mencipta kejayaan.

Utusan Malaysia

Sehingga kini, masih ada yang memperkatakan isu wanita kuasai sektor awam. Ada yang mengaitkan kegagalan pelajar lelaki disekolah dan kurang di IPTA/IPTS.

Iya memang aku sokong bahawa memang kurang lelaki yang mampu sampai ke IPTA/IPTS sekarang. Tetapi jangan lupa, masih ramai lagi graduan lelaki yang mengangur termasuk aku. Aku juga kelulusan IPTS walaupun tidak setinggi mana.

Sudah banyak kali borang jawatan kerajaan aku hantar tetapi tiada jawapan. Jadi macammana nak cakap hanya wanita je yang ada di sektor awam. Cubalah ambil graduan lelaki, sudah pasti masalah ini akan dapat diatasi.

Ini balik balik perempuan, balik balik perempuan. Kalau dapat penemuduga itu jenis buaya darat, comform perempuan jelah yang dapat kerja. Kami yang lelaki ini tertolak tepi. Ini adalah realiti, bukan fantasi.

Janganlah cakap lelaki kurang di belajar universiti maka perempuan yang banyak dapat kerja. Masih ramai lagi graduan lelaki tetapi itulah, sudah nasib kami tidak diterima bekerja. Bukan setakat tak diterima, tak panggil langsung temuduga. Ntah mana borang kami dicampaknya. Dan akhirnya kami terpaksa bekerja kilang, pakguard dan lain lain jawatan rendah.

Bukan tak ada kelulusan tetapi tak ada peluang. Tak diberi PELUANG. Faham tak !

Yang nampak perempuan dikaunter depan sebab keutamaan diberi kepada WANITA. Ada FAHAM tak !

Balik balik wanita, balik balik wanita. Lady First! Lepas tu mulalah cakap lelaki ni malas, banyak masalah. Pigirah!!

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, panas nampak..... kekadang benar juga dengan komen tuan.. tetapi banyak2 bersabar... InsyaAllah akan diperolehi juga nanti....

Manjung Mari said...

Ini semua salah pemimpin UMNO yg lalai hingga JPA terlebih ambik orang pompuan dlm semua jabatan kerajaan.Itu lah sebabnya banyak sangat berlaku skandal kat pejabat2 kerajaan sekarang kerana pegawai2 pompuan takda kerja lain tapi asyik pasang badan nak ngorat pegawai lelaki.Insaf lah,Gaji kamu tu duit rakyat, bukan duit Barisan Nasional!!

Anonymous said...

Aku sokong pandang ko tu..
Bagi aku x salah CUEPACS timbol kan masalah tu kerana bila terlalu ramai sgt perempuan dalam sektor kerajaan akan menyebabkan masalah. Kita jgn tgk dari sudut gender tp kita kene tgk dari sudut masalah yang akan timbul . Mememan ramai piahak NGO wanita serta menteri melenting pada cuepacs ttp mereka x tahu ape yang terjadi sebenarnya. Cuba kita lihat satu masalah yang melibatkan cuti bersalin. Jika dalam satu office tu ada 2 ,3 org bersalin dalam satu bulan x ker akan menimbulkan masalah pada pihat pejabat dan pekerja lain yang akan memikul tugas mereka yang bersalin. Skrg ni cuti bersalin 6 bulan bergaji pun ada pihak yang merungut. Klu 9 bulan lagi la. Klu keje kerajaan xpe klu nk mengilang anak banyak akali tp klu swasta mcm ner plk. Tambahan plk klu syarikat dorg tahun tu mengalami kemerosotan .
Boleh ker dorg bayar gaji org yg bersalin tu. Klu sorg mungkin boleh lagi tp klu dah 5 6 org mcm ner. Aku rasa baik Kementerian Wanita Kaji Dulu benda ni semua. Jgn ikut sgt perkembangan dunia hingga menjejaskan pihak lain.

Hashim said...

Berita gempar 1Malaysia...Ada pemimpin UMNO mirip TGHA......nak tahu siapa sila klik disini

YB Raz said...

Terima kasih diatas semua pandangan.

Aku tak marah perempuan diambil bekerja tetapi bagilah juga peluang kepada graduan lelaki. jangan pinggirkan kami.

kelulusan tinggi juga tidak menjamin yang seseorang tu boleh buat kerja.