Geng Bas Sekolah

February 15, 2010

Pemandu Teksi Kahwin Lari

Laporan pemandu teksi mengenakan harga tinggi kepada pengguna kerap disiarkan. Tetapi masalah tetap masalah. Tak pernah diselesaikan. alaupun pelbagai peraturan dibuat, namun itu semua bergantung kepada attitude pemandu itu sendiri.

Selain itu, pengguna juga memainkan peranan penting. Boikot teksi yang mengenakan caj yang melampau. Tetapi didalam keadaan yang tidak memihak kepada pengguna, tiada banyak yang dapat dilakukan.



Kerajaan harus menyediakan lebih banyak kenderaan awam. Sediakan lebih banyak laluan LRT dan Komuter. Menambah bilangan bas Rapid tidak banyak membantu. Hanya menambahkan kesesakan jalan raya. Bas juga tidak menepati waktu serta hanya berjalan apabila bas sudah penuh. Malah pemandu bas Rapid juga ada yang tidak bermoral. Memandu dan meletakkan bas sesuka hati.

Didalam hal ini, siapa salah? Kerajaan? Pemandu teksi? Atau syarikat pengangkutan awam?

Jawapannya ialah semua salah. Sekiranya pemandu teksi itu mempunyai hati dan niat yang baik, dia tidak akan mengenakan caj yang keterlaluan. Malah tidak mengambil kesempatan diatas kesempitan pengguna. Jadi masalah teksi mahal tidak akan wujud.

Sekiranya kerajaan mempunyai kesungguhan didalam membendung masalah kesesakan jalanraya, sepatutnya kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada mereka yang melanggar undang undang. Jatuhkan hukuman mati keatas pesalah jalanraya adalah tindakan baik. Lagipun sudah terlalu ramai penduduk di Malaysia. Rimas aku dibuatnya.

Perkhidmatan bas akan baik apabila pemandunya lebih bertanggungjawap serta berdisplin. Menepati waktu yang disediakan serta menghormati pengguna jalanraya lain.

Setiap manusia dilahirkan baik tetapi hati dan akallah yang menentukan sikap manusia. Jika dia bersungguh mahu melakukan kebaikan maka perkara baiklah yang dibuatnya. Begitu juga sebaliknya.

Kahwin Lari

Semalam ada berita seorang gadis Malaysia telah lari ke Indonesia untuk berkahwin. Aku malas nak cakap banyak. Malaysia sekarang sudah terlalu banyak orang bodoh. Dah banyak masalah dibuat oleh pihak pembangkang, ditambah lagi dengan masalah budak budak macam ni. Pening kepala wooo..

Ada nasihat buat ibubapa yang ada anak bodoh macam ni. Lupakanlah dia. Biarkan dia sendiri rasa susah. Jangan dibantu dan jangan dicari lagi. Kalau dia balik merayu, jangan dilayan. Buang jauh jauh anak sebegini.

Memang kejam cara ni. Mungkin ada orang kata "Yelah kau tak ada anak, jadi tak rasa semua ni".

Walaupun aku ada anak macam ini suatu hari nanti, inilah yang kena aku buat. Memang terpaksa. Tak ada cara lain nak ajar anak bodoh macam ni. Dia yang pilih jalan ini, biarkanlah. Biar dia sendiri rasa menyesal sebab kahwin dengan orang Indon.



Orang Indon tu kalau dia hidup senang, takkan dia nak datang kerja kat sini. Kalau dah gatal sangat ikut dia balik sana, tanggunglah sendiri.

No comments: