Geng Bas Sekolah

February 25, 2010

Nasib Gelandangan

Malam tadi TV3 paparkan kisah orang yang tidak berumah. Terlalu banyak mereka yang tidak berumah. Dan kebanyakkannya adalah orang muda. Pelik jika dahulu, kebanyakkan mereka adalah warga tua. Tetapi sekarang ada golongan muda. Siap ada anak kecik lagi.

Ntah apalah masalah sebenar mereka. Kebanyakkannya aku rasa bukan tidak mempunyai keluarga. Sebaliknya memang jenis manusia yang bermasalah. Yang jenis dulunya suka lari dari rumah, dan akhirnya merempat ditepi jalan.

Pengalaman aku banyak bertemu orang sebegini di KL. Ada yang berasal dari Perak, Kedah, Kelantan Sabah dan Sarawak. Niat asal untuk merubah nasib tetapi nasib mereka menjadi lebih buruk daripada tinggal di kampung. Ada diantara yang malu untuk pulang. Tetapi ada juga yang lebih suka tinggal dijalanan.



Cara yang terbaik adalah, sekiranya mereka masih mempunyai keluarga dikampung. Suruhlah mereka pulang sahaja. Bukan semua orang nasibnya beruntung apabila tinggal di bandar bandar besar. Yang kedua, carikan mereka kerja.

Yang ketiga, periksa kewarganegaraan mereka. Pastikan mereka rakyat Malaysia barulah dibantu. Sekiranya bukan warga Malaysia, mereka hendaklah segera ditangkap. Tiada gunanya menolong warga asing.

Kadang kadang ada diantara mereka ini yang menipu. Pada jenis yang memang bermasalah, tidak patut dibantu. Ada yang mengaku sudah 10 tahun hidup dijalanan. Dalam masa 10 tahun, takkan tiada sebarang kerja yang boleh dibuat? Takkan kerja kilangpun tak ada.

Aku tengok baju dia bukan main cantik. Siap topi nampak baru. Tapi mengaku tidur dijalanan sudah 10 tahun. Ada yang mengaku tak buat kerja jahat, tak ambik dadah tapi ada pula duit nak hisap rokok.

Hehehe itulah orang melayu ni sebenarnya kaya. Biar tak makan, biar tak berbaju janji dapat beli rokok. Sanggup bakar duit untuk rokok. Hebat dan mewahnya orang melayu ni. Orang yahudi pun tak boleh lawan perangai orang melayu ni.

Terpulanglah pada kerajaan macam mana nak bantu mereka. Tapi seperti yang aku cakap tadi, selidik dahulu latarbelakang mereka. Tiada gunanya membantu orang yang bermasalah dan tidak mahu berubah. Membazir duit rakyat saja. Lebih baik digunakan membantu mereka yang lebih memerlukan.

No comments: