Malaysia menyasarkan tidak lagi mengimport beras menjelang tahun 2015, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharum.
Bagi merealisasikan objektif itu, beliau berkata, usaha sedang giat dilakukan bagi meningkatkan hasil di dua kawasan jelapang padi negara iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), masing-masing antara 5 hingga 10 peratus.
Selain itu, kerajaan juga akan membuka lebih luas kawasan tanaman padi secara mini estet bagi memberi peluang kepada petani mendapat pulangan lebih lumayan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan KADA 2010 di sini, hari ini.
Hum boleh percaya ke ni. Dahulu tak silap PakLah juga ada cakap nak jadikan sabah/sarawak sebagai negeri jelapang padi negara. Tapi sekarang mana perginya projek tu. Bila PakLah turun, senyap terus projek tu.
2015 tu lama lagi. Agaknya hujung tahun inipun cerita ni dah senyap terus. Penggunaan kupon didalam urusan membeli beras juga dah gagal. Nak buat estet padi mini pulak. Siapa pekerjanya?
Aku rasa aku tahu, lebih banyaklah indon, bangla dan nepal akan diimport untuk bekerja disitu. Sedangkan sawah tradisi yang ada inipun generasi muda kita tak berminat, apatah lagi estet mini padi.
Tak apalah. Kerajaan buatlah apa yang difikirkan baik. Kami rakyat ni akan menilai semua projek kerajaan. Kalau semuanya baik, kami sokong. Kalau tak jadi, kami akan menentang. PRU 13 here we come..
No comments:
Post a Comment