Semalam dihebohkan si Fairuz, bekas timbalan menteri 1 P.Pinang masuk UMNO. Cerita dia inipun nak kecoh gak ke. Bukan boleh menambah kekuatan partipun.
Cuba sekiranya beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri 1, nak ke dia masuk UMNO? Jangan haraplah. Kalau kita lihat, semua yang keluar PKR dan masuk UMNO adalah mereka yang kecewa.
Kecewa dengan sikap Anuar, kecewa dengan jawatan dan bermacam kekecewaan. Bagi akulah secara peribadi, mereka yang masuk selepas kecewa ini bukanlah hero yang patut dijulang. Yang patut dihebah hebahkan berita.
Ataupun berita sebegini sengaja dihebahkan untuk menunjukkan UMNO adalah parti terbaik, parti yang benar benar boleh memimpin orang melayu. Jadi mereka yang insaf haruslah masuk UMNO. Bukan begitu ke? Biasalah politik ni. Semua benda nak dipolitikkan.
Ahh aku tak pedulilah siapa nak masuk UMNO. Yang aku nak dengar ialah orang yang berjawatan tinggi seperti Nik Aziz, Haji Hadi atau Wan Azizah masuk UMNO. Kalau orang sebegini, barulah sedap dihebahkan. Mana taknya, pemimpin parti pembangkang tiba tiba masuk UMNO.
Benda macam ini barulah menunjukkan yang UMNO ini benar benar parti yang hebat. Setakat ambil orang kecewa, dah macam UMNO ni pusat pelupusan sampah masyarakat.
Si Fairuz ni benar benar insaf atau nak memanjangkan hayat didalam arus politik negara? Sama samalah kita fikirkan.
Mereka yang turut sama tidak memerlukan Fairuz
1. Des
2.Paneh Miang
No comments:
Post a Comment