Geng Bas Sekolah

February 13, 2010

Budak Bodoh Bergaduh

BENTONG: Akibat cemburu buta, seorang lelaki berusia 22 tahun cedera di tangan dan perut akibat ditikam rakannya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah hotel di bandar ini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dan suspek pernah menjadi rakan sekelas ketika masih bersekolah selain berkawan dengan teman wanita suspek yang berumur 18 tahun berasal dari Mempaga, di sini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.25 petang itu, mangsa dikatakan keluar bersama teman wanita suspek selepas berlaku perselisihan faham antara gadis berkenaan dengan suspek.

Mangsa kononnya ingin memujuk gadis itu dan menenangkan fikirannya yang terganggu selepas pergaduhan itu.

Dia kemudian membawa gadis terbabit ke sebuah hotel di bandar ini namun tidak menyedari mereka diekori sebelum suspek bertindak menyerangnya di bilik hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata suspek mengeluarkan sebilah pisau sebelum bertindak menyerang mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Akibat pergelutan itu mangsa luka pada bahagian tangan serta ditikam pada bahagian kanan perutnya sebelum suspek bertindak melarikan diri,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, katanya, suspek ditahan di sekitar daerah ini dan kini direman bersama teman wanitanya untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dirawat di Hospital Bentong, di sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata tajam,” katanya.

No comments: