Geng Bas Sekolah

February 27, 2010

1Malaysia, Melayu Penakut ?

Aku tertarik dengan ulasan saudara Mahaguru58. Malangnya 1Malaysia bila kerajaannya 1Penakut!

Beliau mengkritik dua orang bersaudara iaitu DS Najib iaitu PM kita dan DS Hishamuddin menteri KDN. Ini kerana kegagalan para pemimpin melayu islam menghalang dan mengambil tindakan tegas kepada musuh musuh islam di negara ini.

Aku 100% setuju dengan beliau. Musuh islam semakin berleluasa menghina kita. Tetapi apa yang kerajaan islam Malaysia buat untuk menghalang mereka? TIADA!

SIS, Malaysia Kini, Malaysia Insider dan beberapa NGO lain termasuk ahli politik terang terangan menghina dan memusuhi islam. Walaupun berpuluh report polis dibuat, walaupun berbuih mulut rakyat bercakap mengenainya tetapi tiada satupun tindakan diambil.

Menteri KDN paling suka bagi warning. Warning, warning warning. Dia ingat dia masih cikgu sekolah ke nak bagi warning je. Dia lupa sekarang dia pegang jawatan Keselamatan Dalam Negeri. Keamanan negara ditangan dia. Bukan lagi masalah budak budak sekolah.

Sudah jelas para pemimpin melayu islam sekarang diserang penyakit Hubbud dunya wakaro hiyatul maut-kamu terlalu cintakan dunia dan takut mati".

Sanggup membiarkan musuh islam menghina dan mempersenda islam semata mata menjaga hati dan undi dari bukan islam. Hari ini umat islam Malaysia adalah umat yang lemah. Walaupun umat islam Malaysia sekarang agak berada, tidak lagi miskin seperti sebelum merdeka.

Tetapi mereka miskin iman. Umat islam Malaysia setiap hari disuap dengan pelbagai makanan haram dan hiburan. Kerana itulah mereka membiarkan sahaja musuh islam memijak mereka.

Ingatlah Firman ALLAH didalam surah At Taubah: 33, "Aku yang mengutus Rasul dengan petunjuk dan agama yang benar, dimenangkan atas agama lain, walaupun musyrikin tidak menyukainya".

Janji Allah adalah benar ! Umat islam akan mengalahkan orang orang KAFIR apabila tiba masanya nanti!

6 comments:

Cheguman said...

Saya tidak melihat ia satu tindakan 'penakut' sebaliknya Najib amat mementingkan kejayaan '1 Malaysia'. Sementara itu konsep 1 Malaysia mesti difahami benar-benar termasuk yg tersirat. Sayangnya ruang ini tidak cukup sesuai utk membicarakannya.

Cheguman said...

(Bukan untuk siaran umum!)

Salam,
secara ringkasnya, 1 Malaysia adalah bagi melawan Malaysian Malaysia anjuran DAP. Najib sudah mendapat maklumat terperinci bahawa keinginan bukan melayu hanya satu: memegang kuasa politik pula setelah berhasil memegang ekonomi sekian lama. Mereka ingin lengkapkan penguasaan ke atas tanah melayu ini. (semua orang melayu mesti tahu impian kaum cina ini, terutama teori chinese belt).

Najib sudah cuba cara lain iaitu mengajak PAS bergabung.. Namun gagal. PKR jangan diharap. 1 Malaysia ialah umpan bagi mengelakkan bukan melayu menyokong Malaysian Malaysia.

Apa perbezaannya? Ramai berpendapat 1 Malaysia sama sahaja dengan Malaysian Malaysia. Sebenarnya tidak. Perbezaan paling penting ialah Malaysian Malaysia dilaksanakan pembangkang dan ditunjangi DAP manakala 1 malaysia diketuai UMNO. Siapa UMNO? Sebusuk-busuk UMNO mereka masih orang Melayu beragama Islam.

Hal ini sama juga dengan kesultanan melayu. Siapa sultan? Setidak-tidaknya sultan berbangsa melayu dan beragama Islam.

Bagi Najib (dan para pemikirnya), satu-satunya cara mengelakkan bukan melayu menyokong malaysian malaysia ialah dengan menggantikannya dgn 1 Malaysia.

Dipendekkan cerita, saya harap kita dpt beri sokongan penuh pada Najib. Percayalah bhw Najib tidak akan membelot pada bangsa dan agamanya sendiri. Contohnya, selepas menghadiahkan RM500 ribu kepada gereja, Najib mengumumkan tambahan pengambilan 5000 pelajar miskin ke UiTM SETIAP TAHUN utk program pradiploma. Lihatlah bagaimana bijak Najib berdiplomasi dan berpolitik.

Jangan melihat Najib sebagai seorang individu. Beliau dipilih dan dilantik dari kalangan pemimpin melayu paling layak buat masa ini bagi meneruskan perjuangan kita semua. Keputusan dan tindakan tidak dibuat beliau seorang diri.

Selamat berjuang. Harap maklumat ini tidak terlepas kpd bukan melayu.

Anonymous said...

Kalau nak cepat ambil tindakan kau suruh orang melayu hina bangsa lain. dalam 24 jam dah bawa ke mahkamah

Jeepers Creepers said...

Terima kasih diatas komen saudara berdua.

ya saya faham DS Najib terikat sebagai PM jadi dia harus bertindak secara bijak. Tetapi kuasa juga ditangannya.

Walaupun harus menjaga perasaan kaum lain, tetapi melindungi agama islam juga adalah tanggungjawapnya.

Tidak salah sekiranya tindakan diambil keatas mereka yang berani menghina islam kerana agama islam termaktub didalam perlembagaan.

Yang saya kesal, DS Hishamuddin seolah olah tidak memandang kepada kes sebegini. Rakyat sekarang adalah bijak.

Mereka sentiasa melihat dan menilai prestasi kerajaan. Kadang kadang betul juga apa yang dikata PAS.

UMNO mengatakan mereka menjaga dan menegakkan islam tetapi didalam hal hal tertentu, mereka seolah olah mengabaikan islam.

Islam bukan dilihat dari banyaknya masjid atau peruntukan diberi tetapi ia dilihat dari segi pengisian.

Bagaimana dikata penegak islam sedangkan orang yang menghina islam dibiarkan bebas berbuat demikian.

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, ada kebenaranya dengan kenyataan Mahaguru.....

Apa yg dilihat, kepimpinan Melayu lebih berani, bijak dan sanggup berhabis harta semata-mata untuk menumbangkan sesama Melayu sahaja, lihat dalam UMNO.... kerana nak jawatan Ketua Bahagian sahaja sanggup mengeluarkan berjuta-juta wang......

Jeepers Creepers said...

masalah UMNO semuanya berpunca dari pemimpin. Baik pemimpin atasan sampailah pemimpin bahagian.

Ntahlah manusia ini. Bila dapat kuasa, mudah lupa diri.