Geng Bas Sekolah

January 16, 2010

Nik Aziz Lesapkan Duit Rakyat

Akhirnya kerajaan islam PAS tersungkur jua. Opss bukanlah tumbang tetapi penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa didalam kerajaan PAS telah terbukti benar. Apa perjuangan islam tetapi jelas melencong dari norma norma islam.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.
Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Pengakuan itu mencetuskan polemik baru dalam politik dan kerajaan negeri Kelantan selepas krisis dalaman PMBK yang diterajui menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Semalam sebuah laman blog, Kikcdefella yang dimiliki bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta.

Ia disebabkan kerajaan negeri terpaksa menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta semata-mata untuk menjaga air muka Nik Abdul Aziz selepas beliau berjanji bagi memberikan aras tersebut kepada para peniaga dari kedua-dua pasar lama itu.

Cit!!Sebab nak jaga air muka tok guru, kena bayar RM23 juta. Fuyoo mahal gila air muka tok guru. Tak pasal pasal kerajaan negeri Kelantan rugi sebab nak jaga air muka tok guru. Apa punya kerajaan daa.

Sebab janji nak bagi aras bawah bazar pada peniaga, kena keluar RM23 juta. Yang janji masuk syurga sebab undi PAS, tok guru nak bayar berapa juta pula?

Patutlah sultan Kelantan gering. Rupanya perangai ulama islam PAS ini tak semegah mana. Banyak merapu dari bekerja. Banyak penyelewengan didalam retorik perjuangan islam. Nik Aziz harus bertaubat!

No comments: